Mencipta suasana

Saya bertemu dengan seorang senior yang amat saya rindui. Terubat kerinduaan saya setelah sekian lama menghubunginya, akhirnya berkesempatan juga bertemu di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Kami bertemu pada hari sebelum tarikh himpunan mansuhkan ISA pada esoknya. Dia menghadiri kursus di hotel tersebut manakala saya pula untuk tujuan perniagaan.

Sempat juga kami berbincang seketika. Dia ingin mendapatkan kepastian mengenai Baitul Muslim yang saya akan bina, saya sedikit tersipu malu. Huhuhu..

Satu soalannya yang agak menarik,

"Kenapa enta tidak menyertai perjuangan kita?"

Lalu saya bertanya kembali,

"Apa makna perjuangan?"


Soalan itu tidak berjawab kerana masa begitu tiada untuk bertatih tetapi tidak beraksi.

Tidak adil bagi kita mengatakan bahawa hanya duduk dalam politik kepartian semata-mata, itu saja dikatakan perjuangan. Menilai itu hak Allah, hak kita buat kerja.

Saya sangat menyantuni fikrah Ust Zaharuddin Abd Rahman. Beliau pernah menjadi Presiden GAMIS. Ramai yang kecewa bahkan ada yang marah kerana sikap beliau. Beliau tidak terlibat secara langsung dalam politik kepartian, tetapi beliau berusaha mencipta suasana. Beliau sangat dikenali dengan ketelusan ilmu yang disampaikan. Bagi saya, beliau tidak ubah seperti seorang ulama muda. Jangan pula ada menyangka bahawa saya membenci politik kepartian.

Akhirnya, fungsi tarbiyah untuk saling melengkapi. Tarbiyah melahirkan aset (kelebihan) bukan liabiliti (tanggungan). Tarbiyah juga mengajar bahawa mengembalikan manusia kepada tuhan, jalannya bukan hanya satu.

1 comments:

    kita tarbiyahkan diri kita sendiri dan kengkawan yg perlu di tarbiyah..figh for your right!!!

     

Blogger Templates by Blog Forum