Akidah perniagaan

Firman Allah;

"Setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (bilik khusus ibadat), dia mendapati makanan di sisinya (Maryam). Dia berkata, wahai Maryam, dari mana engkau perolehi ini? Dia (Maryam) menjawab, Itu dari Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dia kehendaki tanpa perhitungan.." (Ali-Imran; 37)

Teori Adam Smith

Unsur yang paling penting dalam menentukan teori penawaran ialah hasrat manusia untuk mendapatkan untung yang maksimum. Oleh itu, firma akan menjalankan segala usahanya untuk mencapai jumlah hasil yang maksimum dengan kos yang minimum. Objektif memaksimumkan untung ini merupakan idea ciptaan Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations yang diterbitkan dalam tahun 1776.

Teori Adam Smith ini perlu di beri perhatian kepada mereka yang mencebutkan diri di dalam perniagaan. Kos yang minimum tidak wajar ditafsirkan dengan kualiti yang minimum.

Sebab itu antara matlamat perniagaan ialah keuntungan. Setiap ahli perniagaan berhasrat untuk memaksimumkan keuntungan. Di Malaysia, setakat ini hanya Dr. Ifran Khari yang berjaya bergelar jutawan seusia 25 tahun.

Sebagaimana Parti Politik (POLITIK) bertanding untuk menang, begitu juga Ahli Perniagaan (EKONOMI) yang berniaga untuk untung. Kedua-duanya punya KUASA tersendiri!!

Taktik romantik

Rasulullah dan Aisya sering makan bersama bahkan satu pinggan yang sama. Aisyah pernah meriwayatkan sebagaimana berikut "Suatu hari, aku makan bersama Rasulullah. Tiba-tiba Umar melintas dan Baginda memanggilnya untuk makan bersama kami. Kadang kala tanganku menyentuh jari Baginda.." (Riwayat al-Bukhari, al-Nasa'i, dan at-Tabrani)

Aisya juga pernah meriwayatkan bahawa beliau meminum minuman lalu memberikannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda kemudiannya minum dari gelas yang sama dengan meletakkan mulut baginda di tempat bekas mulut Aisyah. (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa'i dan Ibn Majah)

Selain berjaya dalam taktik peperangan, Rasulullah juga berjaya dalam taktik romantik. Banyak lagi taktik romantik, perlu diterokai..

Blogger Templates by Blog Forum