H1N1


MUKADDIMAH

Ketika cendiakawan dan para ulama mengatakan bahawa H1N1 itu satu peringatan daripada Allah, ketika ramai ilmuan dan ahli falsafah yang mengatakan bahawa H1N1 itu satu bencana, tidak kurang juga yang menuding jari kepada binatang yang bernama BABI, maka izinkan saya sebagai seorang kanak-kanak untuk mengatakan bahawa H1N1 itu satu konspirasi.

MENCIPTA SUASANA


Semalam saya dihubungi oleh ayah saya yang mengatakan bahawa beberapa buah sekolah sudah yang ditutup di Sandakan. Saya tidak pasti mengenai maklumat itu tetapi saya yakin kepada syarahan ayah saya (bercakap dalam bahasa Kegayan). Saya kira H1N1 berjaya mencipta suasana, sehingga beberapa tindakan drastik perlu dilakukan di semua peringkat termasuk penutupan institut pengajian tinggi. Itulah gelombang H1N1 yang saya kira berjaya membina empayarnya di seluruh dunia, cukup bersejarah apabila seolah-olah mengingatkan kita mengenai empayar ISLAM yang juga berjaya mencipta suasana suatu ketika dahulu.

SIFIR AHLI PERNIAGAAN

Berfikir bagaimana caranya agar dapat mengeluarkan duit saku orang lain dan masuk ke dalam sakunya, itulah sifir ahli perniagaan. Saya fikir sifir ini tidak ada salahnya jika disenergikan dengan syariah dan mereka yang mendalami politikus cukup faham apa makna sifir ini disebalik tragedi H1N1. Jika tidak percaya sekalipun, tidak mengapa sebab itu juga kuliah politikus yang penuh dengan andaian. Namun itulah kelebihan mereka yang berilmu, memobilisasi konspirasi. Mereka mencipta virus, mereka juga menjana anti-virus. Tidak perlulah anda berang terhadap andaian ini, saya mengatakan bahawa ini adalah andaian seorang kanak-kanak.

PENUTUP

Idea dan fikir artikel pendek ini mungkin gila. Tidak kisah apapun anggapan anda, yang penting anda setuju bahawa Allah saja yang maha mengetahui yang mana setiap daripada kita perlu menyingkap hikmah di sebalik peristiwa ini. Kementrian Kesihatan Malaysia mengajar rakyat Malaysia agar sentiasa dan kerap membasuh tangan yang mana ISLAM telah lama mengajar umatnya sentiasa dan kerap membasuh tangan dengan WUDHUK (air sembayang).

Idea-idea gila

Saya masih ingat sewaktu saya berusrah dengan sahabat-sahabat saya suatu ketika dahulu. Dalam usrah yang membincang idea-idea yang gila.

Ya, idea yang gila!

Pernah sekali sahabat saya, Ahmad mencadangkan agar membina kilang roti yang bertapak di Sabah. Sahabiyah saya Maziah menambah agar di beri nama roti gen 3. Gelak gempita dalam usrah yang membuatkan saya tidak lupa sehingga ke hari ini. Buat pengetahuan semua, HPA telah punyai kilang roti; Radix Bakery House.

Manakala sahabiyah saya pula Sumarni bersemangat ingin mewujudkan kilang ayam organik yang bertapak di Tawau. Saya menerangkan bahawa langkahnya tidak bersifat "jalan pintas".. HPA juga sudah punyai kilang Ayam Organik (link).

Banyak sekali idea-idea gila yang di bincangkan.

Saya tidak kisah jika orang ramai melihatnya seakan-akan mahu menjadi kaya atau hartawan. Jika itu pun sebabnya, semestinya ianya tidak salah.

Pernah sekali saya bersama Ust Dzul yang menyatakan bahawa perlunya kita ada syarikat kapal terbang sendiri. Waktu tu Ust Dzul delay. Saya ketawa sedikit..



Idea-idea gila seperti itu lebih baik daripada duduk diam dan memerhati.

Saya menyatakan kepada sahabat saya agar kita perlu mencari rentak yang agak berlainan.

Ya, rentak yang berlainan ibarat satu pelayaran menggunakan kapal layar yang sama menuju ke satu tempat yang juga sama tetapi rentak yang memang berbeza mengikut keadaan deraian angin dan pukulan ombak..

Saling melengkapi

PENDAHULUAN

Saya memerhatikan takwim hidup saya. Ada sesuatu perkara yang sangat besar ingin saya capai pada umur saya 24 tahun. Menjadi atau tidak itu perkara kedua, yang penting saya ada keinginan untuk sampai ke objektif tersebut. Hidup bukan kebetulan, ada garisan penamatnya.

Syarat mencintai Allah tidak semestinya papa. Mempunyai rumah besar, kerata besar, isteri besar dan lain-lain yang besar tidak juga melambangkan cinta kepada dunia. Taqwa tidak bermaksud mahu kepada kemiskinan lalu meninggalkan dunia serta-merta. Mustahil akhirat untuk di kecapi jika dunia tidak di lalui. Sebelum sampai kepada maksud akhirat maka dunia adalah sebaik-baik penghubungnya.

HARTAWAN DAN AHLI SALAF

Sebahagian besar ahli salaf (sahabat nabi dan tabien) di jamin kehidupannya oleh kalangan hartawan yang melihat ahli salaf penuh kasih sayang. Bagi hartawan, ahli salaf perlu dibiayai sepenuhnya kerana masa dan waktu mereka keseluruhannya untuk mengajar masayarakat, menentang kezaliman dan ke kancah jihad fisabilillah. Mustahil mereka punyai fokus yang lebih untuk hal membiayai kehidupan. Maka hartawan meletakkan posisinya sesuai dengan slogan, semua itu hak Allah.

Nabi bersabda drp Said Al-Khudry r.a;

"Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.."
Riwayat; At-Tarmizi.

Adakah sabda nabi ini hanya terkena kepada ahli salaf sahaja tetapi tempiasnya sama sekali tidak kepada hartawan yang meletakkkan posisinya seperti di atas?

Jika dikatakan bahawa harta dunia melambangkan seseorang mencintai dunia, bagaimana pula dengan Siti Khadijah, Abdul Rahman Bin Auf dan ramai lagi sahabat nabi yang berharta? Jika maksud dunia dijadikan penghubung untuk sampai ke maksud akhirat, maka di mana silapnya?

Salahkah muslimin yang ingin mengahwini seorang muslimat bertujuan ingin menyempurnakan maksud agama, bimbang terjebak perkara mungkar? Muslimin tadi telah menjadikan muslimat tersebut sebagai alat untuk sampai kepada maksud akhirat..

PENUTUP

Jika kita tidak mampu melihat kekuatan diri lalu membiarkan kehidupan ini tanpa pelan tindakan yang kita fahami, maka jadilah kita mereka yang suka menghukum gerak kerja orang lain. Akhirnya, kehidupan penuh dengan tuntutan dan desakan. Ia dipenuhi paksaan demi kehidupan yang lebih benar. Dunia ini seperti filem. Mustahil semua boleh jadi pengarah filem tanpa pelakon dan tugas-tugas yang lain. Fahami tuntutan tarbiyah, saling melengkapi.

Warkah terbuka

Saya tahu dan faham adiq-adiq saya lebih hebat daripada saya. Mereka punya semangat yang menyala-nyala ingin membawa syiar islam. Saya optimis mereka ikhlas dalam memperjuangkan agama ini. Jika tidak mustahil mereka boleh mengorbankan apa sahaja yang mereka termampu. Mereka sanggup bangun malam bermunajat serta berdoa untuk orang lain ketika yang lain tidak menyedarinya. Di siang hari, mereka sibuk berkerja untuk kebaikan untuk orang lain. Mereka tidak kisah jika kebaikan itu tidak dihargai,mereka sangat yakin bahawa Allah menilai semua tugasan itu. Kadang-kadang, sehingga mereka lupa kebaikan untuk diri mereka.

Saya tidak akan membebel jika mereka tersilap kerana itu fitrah dalam menuntut dan belajar. Saya juga sangat optimis yang mereka generasi paling baik jika dibandingkan dengan generasi saya. Saya harap sahabat-sahabat saya bersikap positif bila saya mengatakan bahawa adiq-adiq saya generasi paling baik.

Saya faham mereka ada keazaman menggunung untuk mengenggam bara ummah ini. Mereka tidak pernah berhenti berfikir untuk semua itu. Saya kenal adiq-adiq saya, terutamanya Hasli. Dia tidak suka cakap-cakap kosong, dia lebih suka kepada aksi. Seperkara yang anda tahu kadang-kadang dia hanya makan mee sedap sahaja. Kadang-kadang tidak ada duit untuk membeli air sirap ketika dia dahaga. Semua itu bukan kerana dia tidak berduit tetapi disumbangkannya kepada tugasan itu. Jenguklah ke biliknya, bisa saja air mata anda berlinangan melihat keadaannya.

Bagaimana pun saya ceritakan, anda tidak akan pernah faham.

Tidak pernah!

Anda lihat Hasli mampu tersenyum, senyum itu wajib baginya untuk sahabat-sahabatnya, tetapi di jiwanya sarat dengan getaran yang hanya dia tahu sakitnya. Namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengegar dunia.

Ya, mengegar dunia!

Jika anda tidak bersama dia pun dalam jalan ini, dia bisa melakukannya kerana dia yakin bahawa Allah tetap bersama.

Saya cukup kenal dia, sangat amanah dan berjiwa besar dengan tugas itu. Ramai lagi adiq-adiq yang bersama-sama dia sanggup mengorbankan masa, wang ringgit, dan tenaga. Saya hadiahkan video klip ini untuk mereka. Saya harap, mereka sangat suka.



Mereka ada keinginan seperti anak muda 19 tahun, Muhammad al-Fateh yang mencapai kemenangan dalam memperjuangkan Islam di bumi Eropah. Bahkan saya kira, keinginan mereka lebih daripada itu.

Saya optimis yang mereka ingin memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang lalu pada pandangan mereka. Saya tidak kisah jika menceritakan kesilapan dan kesalahan saya dan sahabat-sahabat saya yang lalu, sememangnya itu tugas mereka. Mereka tidak akan mudah terikut-ikut dengan rentak lama saya bersama sahabat-sahabat saya. Mereka punya wawasan sendiri yang lebih hebat daripada saya. Saya tidak pernah meragui kehebatan mereka. Bahkan saya kira laungan mereka lebih berbisa daripada saya.

Mereka semua masih muda. Saya sangat berbangga dengan mereka kerana usia muda mereka digunakan untuk menegakkan agama mengikut kemampuan mereka. Mereka ada keinginan yang sangat tinggi. Jika tidak percaya, anda boleh tanya mereka. Semangat mereka perlu diraikan sebagai engineer bertauliah, bukan untuk dimatikan.

Akhirnya, saya yakin bahawa mereka bersetuju dengan pesan Ust Nik Abduh bahawa,

Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.

Mencipta suasana

Saya bertemu dengan seorang senior yang amat saya rindui. Terubat kerinduaan saya setelah sekian lama menghubunginya, akhirnya berkesempatan juga bertemu di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Kami bertemu pada hari sebelum tarikh himpunan mansuhkan ISA pada esoknya. Dia menghadiri kursus di hotel tersebut manakala saya pula untuk tujuan perniagaan.

Sempat juga kami berbincang seketika. Dia ingin mendapatkan kepastian mengenai Baitul Muslim yang saya akan bina, saya sedikit tersipu malu. Huhuhu..

Satu soalannya yang agak menarik,

"Kenapa enta tidak menyertai perjuangan kita?"

Lalu saya bertanya kembali,

"Apa makna perjuangan?"


Soalan itu tidak berjawab kerana masa begitu tiada untuk bertatih tetapi tidak beraksi.

Tidak adil bagi kita mengatakan bahawa hanya duduk dalam politik kepartian semata-mata, itu saja dikatakan perjuangan. Menilai itu hak Allah, hak kita buat kerja.

Saya sangat menyantuni fikrah Ust Zaharuddin Abd Rahman. Beliau pernah menjadi Presiden GAMIS. Ramai yang kecewa bahkan ada yang marah kerana sikap beliau. Beliau tidak terlibat secara langsung dalam politik kepartian, tetapi beliau berusaha mencipta suasana. Beliau sangat dikenali dengan ketelusan ilmu yang disampaikan. Bagi saya, beliau tidak ubah seperti seorang ulama muda. Jangan pula ada menyangka bahawa saya membenci politik kepartian.

Akhirnya, fungsi tarbiyah untuk saling melengkapi. Tarbiyah melahirkan aset (kelebihan) bukan liabiliti (tanggungan). Tarbiyah juga mengajar bahawa mengembalikan manusia kepada tuhan, jalannya bukan hanya satu.

Blogger Templates by Blog Forum