Warkah terbuka

Saya tahu dan faham adiq-adiq saya lebih hebat daripada saya. Mereka punya semangat yang menyala-nyala ingin membawa syiar islam. Saya optimis mereka ikhlas dalam memperjuangkan agama ini. Jika tidak mustahil mereka boleh mengorbankan apa sahaja yang mereka termampu. Mereka sanggup bangun malam bermunajat serta berdoa untuk orang lain ketika yang lain tidak menyedarinya. Di siang hari, mereka sibuk berkerja untuk kebaikan untuk orang lain. Mereka tidak kisah jika kebaikan itu tidak dihargai,mereka sangat yakin bahawa Allah menilai semua tugasan itu. Kadang-kadang, sehingga mereka lupa kebaikan untuk diri mereka.

Saya tidak akan membebel jika mereka tersilap kerana itu fitrah dalam menuntut dan belajar. Saya juga sangat optimis yang mereka generasi paling baik jika dibandingkan dengan generasi saya. Saya harap sahabat-sahabat saya bersikap positif bila saya mengatakan bahawa adiq-adiq saya generasi paling baik.

Saya faham mereka ada keazaman menggunung untuk mengenggam bara ummah ini. Mereka tidak pernah berhenti berfikir untuk semua itu. Saya kenal adiq-adiq saya, terutamanya Hasli. Dia tidak suka cakap-cakap kosong, dia lebih suka kepada aksi. Seperkara yang anda tahu kadang-kadang dia hanya makan mee sedap sahaja. Kadang-kadang tidak ada duit untuk membeli air sirap ketika dia dahaga. Semua itu bukan kerana dia tidak berduit tetapi disumbangkannya kepada tugasan itu. Jenguklah ke biliknya, bisa saja air mata anda berlinangan melihat keadaannya.

Bagaimana pun saya ceritakan, anda tidak akan pernah faham.

Tidak pernah!

Anda lihat Hasli mampu tersenyum, senyum itu wajib baginya untuk sahabat-sahabatnya, tetapi di jiwanya sarat dengan getaran yang hanya dia tahu sakitnya. Namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengegar dunia.

Ya, mengegar dunia!

Jika anda tidak bersama dia pun dalam jalan ini, dia bisa melakukannya kerana dia yakin bahawa Allah tetap bersama.

Saya cukup kenal dia, sangat amanah dan berjiwa besar dengan tugas itu. Ramai lagi adiq-adiq yang bersama-sama dia sanggup mengorbankan masa, wang ringgit, dan tenaga. Saya hadiahkan video klip ini untuk mereka. Saya harap, mereka sangat suka.



Mereka ada keinginan seperti anak muda 19 tahun, Muhammad al-Fateh yang mencapai kemenangan dalam memperjuangkan Islam di bumi Eropah. Bahkan saya kira, keinginan mereka lebih daripada itu.

Saya optimis yang mereka ingin memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang lalu pada pandangan mereka. Saya tidak kisah jika menceritakan kesilapan dan kesalahan saya dan sahabat-sahabat saya yang lalu, sememangnya itu tugas mereka. Mereka tidak akan mudah terikut-ikut dengan rentak lama saya bersama sahabat-sahabat saya. Mereka punya wawasan sendiri yang lebih hebat daripada saya. Saya tidak pernah meragui kehebatan mereka. Bahkan saya kira laungan mereka lebih berbisa daripada saya.

Mereka semua masih muda. Saya sangat berbangga dengan mereka kerana usia muda mereka digunakan untuk menegakkan agama mengikut kemampuan mereka. Mereka ada keinginan yang sangat tinggi. Jika tidak percaya, anda boleh tanya mereka. Semangat mereka perlu diraikan sebagai engineer bertauliah, bukan untuk dimatikan.

Akhirnya, saya yakin bahawa mereka bersetuju dengan pesan Ust Nik Abduh bahawa,

Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.

1 comments:

    On August 4, 2009 at 5:50 PM adiq2 said...

    Suka video klipnya,bersemangat.Syukran warkah terbuka,menitiskan butir-butir jernih.Allah hu akhbar.

     

Blogger Templates by Blog Forum