Engineer bertauliah

Saya pernah menjadi antara engineer bertauliah. Tapi bukan membaiki mesin-mesin besar, sebaliknya lebih berharga daripada mesin-mesin besar. Ianya pengubah suaian manusia, yang bukan hanya memerlukan kepakaran teknikal bahkan inginkan jiwa yang sentiasa dekat kepada-Nya. Di mana lagi tempat sebaik-baik ingin menemui-Nya, selain di rumah-Nya. Engineer bertauliah hanya sekadar tamsilan saja.

Ramai lagi generasi seangkatan saya pernah bersama saya. Saya tidak akan lupa mereka. Terdapat juga lompang yang di lakukan, tapi saya tidak kisah kerana itu memang semula jadi tugas engineer bertauliah.

Saya suka memperdendangkan lagu ini kepada mereka yang telah saya cuba ubah suai semampunya. Jika boleh kita semua ingin menjadi abid di malam hari, singa di siangnya.. Saya tidak kisah jika mereka ada semangat saja kerana semangat juga ada nilainya di sisi Pencipta. Saya yakin mereka tidak akan lupa lagu ini.



Tugasan (tidak wajib); "Dengarkan secara beramai-ramai dalam bilik, saya yakin bisa saja menitiskan air mata mengingati detik dan saat itu.."

Saya pendekkan khusus kepada engineer bertauliah baru yang semangatnya menyala-yala. Saya yakin mereka sudah banyak memberi apa sahaja yang termampu unutk tugas itu.

Jika ingin mencipta gelombang oren, ubah suai mereka ketika itu.
Jika ingin pembudayaan ilmu, ubah suai mereka ketika itu.
Jika ingin menjadi pemimpin masayarakat, ubah suai mereka ketika itu.
Jika ingin sentiasa berhati-hati, ubah suai mereka ketika itu.
Dan seterusnya, kerana sekarang anda engineer bertauliah yang lebih tahu keadaan mereka. Ubah suai semampu anda, saya amat yakin anda. Jangan pernah meragui kemampuan anda, engineer bertauliah.

Akhirnya, biarkan juga mereka tahu bahawa wasilah untuk mengembalikan manusia kepada Tuhan jalanya bukan hanya satu.

Selamat berMQ.

Empayar Tesco


Sebut sahaja Tesco, adalah mustahil pasar raya besar (hypermarket) ini untuk tidak dikenali. Menjadi gedung berbelanja daripada kalangan suri rumah sehingga mereka yang bergelar jutawan. Anda boleh sendiri datang menjenguk ke Tesco, macam-macam ada!

Tesco mempunyai 2300 rangkaian pasar raya di 13 buah negara termasuk Malaysia. Angka ini menunjukkan bahawa Tesco tidak pernah bergurau dalam percaturannya menguasai sektor ini. James Caan, Pengurus Besar Tesco Stores Malaysia telah berjanji bahawa beliau akan membina lebih daripada 20 buah pasar raya besar Tesco dalam jangka masa 5 tahun bermula tahun 2005 telah menjadi kenyataan. Sekarang, Tesco mempunyai lebih daripada 26 buah pasar raya besar di Semenanjung Malaysia. Cukup untuk menunjukkan sekali lagi bahawa Tesco tidak pernah bergurau.

Bagaimana mungkin usahawan muda negara di dalam industri kecil-kecilan mampu bertahan dengan bayangan Tesco ini? Apatah lagi jika industri kita tidak mampu menemukan formula untuk menarik minat masyarakat ramai kembali kepada produk kita. Sejarah membuktikan bahawa perubahan yang mendadak tidak akan mudah diterima ramai. Maka, tidak hairan juga kedai-kedai runcit dalam negara satu masa nanti akan terpaksa gulung tikar. Senaraikan kekurangan di Tesco? Jika anda katakan harga produknya mahal, maka saya akan ketawa anda.


Artikel ini bukan untuk semata-mata menghentam Tesco. Itu bukan yang diajarkan kepada saya. Bahkan, kesungguhan dan semangat Tesco untuk membina empayarnya di seluruh dunia perlu di pelajari. Tidak salah untuk kita sebagai muslim mempelajari kesungguhan dan semangat Tesco. Saya bukan pengemar gagasan boikot tanpa tindakan, bahkan boleh mengundang murka Allah.

Jangan pernah berharap masyarakat khususnya di Malaysia beralih arah kepada produk Muslim jika tiada secubit usaha yang dilakukan. Bila saya katakan muslim produk muslim, jangan berpandangan bahawa ianya khusus untuk orang Islam sahaja. Fahaman ini perlu di ledakkan kerana Islam (pasaran halal dan toyyibah) itu rahmat seluruh alam. Strategi dan praktikal ekonomi tidak dipelajari secara khusus di dalam kitab. Ini perlu diketahui, menuntut untuk kita merancang percaturan dan praktikal dalam sektor ini. Tugas ini bukan mudah! Maka, sampaikan walau sedikit. Jangan malu atau segan untuk menunjukkan jalan keluar kepada orang ramai daripada belenggu ini sama ada sedar atau tidak sedar.

Akhirnya, seperkara yang kita perlu tahu bahawa artikel pendek ini hanya menceritakan empayar Tesco sahaja!

Blogger Templates by Blog Forum