Keluar daripada Kejumudan

Aku ingin sekali membesarkan fikirku.
Aku mahu keluar daripada pemikiran konteks sebagai Mahasiswa,
Aku mahu keluar daripada konteks yang sangat biasa,
keluar daripada kejumudan!
Aku mahu melakukan sesuatu yang luar biasa
yang orang lain menganggapnya sebagai mimpi..

Aku masih ingat sewaktu di kampus,
Ketika mana orang lain memandang gitar sebagai haram,
maka aku memandang gitar sebagai harus bahkan bisa membuahkan ganjaran di sisi Allah.

Aku mengambil seorang sahabat Adzmin sebagai pasangan ku untuk memetik gitar, lalu aku sebagai penyanyinya. Selepas sahaja persembahan tersebut, aku ditempelak oleh seorang ust. Aku mendengarnya penuh hikmah pada masa yang sama aku mahu terus dengan pendirianku yang gitar itu boleh.

Satu kes yang mana yang bertemu dengan sebuah petisejuk yang cuma memasukan wang siling untuk mendapatkan sebuah tin minuman di dalamnya. Aku bertanya kepada diriku sendiri,

"Bolehkah?"

Sedangkan Ijab kabul merupakan isyarat persetujuan Pembeli dan penjual?

Mungkin ada yang mengatakan itu tidak sah!

"Sah jual beli jika sama-sama meredhoi dengan wang dan produk yang bertukar tangan. Perubahan zaman yang canggih menyebabkan keluasan fikh perlu diamalkan.."

Mengapa kita tidak mampu keluar daripada kesempitan dalam berpandangan sedangkan Allah memberi ruang seluas-luasnya mengenai fiqh muamalah? Mengapa kita terus dengan kejumudan tanpa sebarang analisis dan penyelidikan yang kita lakukan? Jika begini, maka kita akan terus dengan kesempitan di dalam berpandangan seterusnya menyebabkan umat Islam terpinggir dari arus ekonomi dunia.

Aku tidak mempunyai kepakaran di dalam Bahasa Arab, Usuluddin, dan sebagainya. Aku kalah dengan semua itu!

Tetapi aku mempunyai sedikit kepakaran di dalam ilmu dakwah dengan lembutku yang ku kira bisa memukau setiap insan yang mendampingi aku. Aku juga mempunyai sedikit kepakaran di dalam ilmu pemasaran. Sedikit tentang ilmu syariah (halal dan haram) di dalam Islam. Aku kira semua itu tidak mencukupi tetapi bisa sahaja aku gunakan untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat di luar sana.

Aku kira dakwah dan pemasaran itu sama!!

Satu persoalan, hampir semua MLM yang wujud lebih menjerumus kepada yang haram.

"Maka adakah kita terus akan mengatakan MLM itu haram tanpa pengkajian dan analisis?"

Sedangkan kaedah MLM itu adalah satu cara untuk menguatkan dan mengukuhkan kedudukan sesebuah syarikat. Mengapa peluang ini kita tidak manfaatkan?

Lainlah kalau judi, riba dan sebagainya yang jelas (qat'ie) haram. Kalau nak selidik juga atas alasan bermungkinan boleh jadi harus itu namanya bengong!

Blogger Templates by Blog Forum