Menolak asetikisme

Islam adalah satu sistem komprehensif untuk melindungi harta peribadi. Harta peribadi adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Justeru islam tidak menafikan hak individu untuk mengumpul harta kekayaan. Sebaliknya, islam memberi garis panduan dan nasihat mengenai cara terbaik untuk membelanjakan harta. Islam mengajar agar harta tidak dibazirkan dan tidak boleh digunakan untuk menafikan hak orang lain.

Islam menolak fahaman asetik yang seolah-olah mahu manusia hidup dalam kemiskinan dan kesusahan. Maaf, fahaman ini menyelinap masuk ke dalam kebanyakan muslim dan ianya sangat berpengaruh.

Kaya atau miskin tidak melambangkan seseorang individu mempunyai hubungan yang erat dengan Allah. Semata-mata mahu menjadi miskin atau sengaja mahu menjadi miskin tidak langsung melambangkan ketaqwaan seseorang kepada Allah.

Islam menganggap dunia dan kekayaan yang boleh diperolehi di muka bumi sebagai platfrom neutral yang membolehkan individu menzahirkan rasa cinta mereka kepada allah dengan sukarela, termasuk mengumpul harta kekayaan.

Mereka yang memandang serong terhadap individu atau kumpulan yang ingin mengumpul harta kekayaan sebenarnya tidak memahami manifestasi "Bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah rezeki yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya.."

Berpandangan bahawa mengumpul harta kekayan boleh menjauhkan setiap individu daripada Allah adalah pandangan yang silap. Umpama seorng ibu yang memberitahu anaknya jangan potong kuku pada waktu malam kerana boleh menyebabkan si ibu mati. Sepatutnya si ibu menasihati anaknya supaya sentiasa berhati-hati potong kuku pada waktu malam kerana gelap, bimbang jari yang terpotong.

Terokai usahawan sosial

Puas saya mencari manhaj ekonomi yang lebih bersifat strategi di seluruh dunia. Namun belum berjaya menghimpunkan semuanya. Saya mahu tahu manhaj ekonomi gerakan kapitalis, zionis, islam dan sebagainya. Saya tahu mesti ada punya! Saya mahu mencari manhaj yang bersifat strategi serta kaedah dan bukan falsafah syariah semata-mata.

Saya bertemu dengan keusahawanan sosial yang diguna pakai oleh perniagaan kapitalis. Model ini membuka minda saya yang berkecimpung di dalam aktivis perniagaan.

Sebagai contohnya Restoran Fifteen yang di usahakan oleh chef terkemuka Britain, Jamie Oliver. Fifteen ditubuhkan untuk melatih anak-anak muda yang tersisih daripada masyarakat agar mempunyai keyakinan diri. Restoran tersebut memberi peluang pekerjaan dan latihan intensif kepada anak-anak muda yang menganggur, ketagih dadah atau alkohol, serta yang terbuang dari rumah.

Mereka dilatih untuk menjadi chef, pengurus restoran, dan pelayan restoran berkualiti tinggi. Jika diteliti, kejayaan dan kecemerlangan Fifteen ini amat menggalakkan. Maka, tidak hairanlah mereka mendapat kontrak menyediakan makanan kepada para pemimpin dunia yang hadir ke persidangan G20 di London baru-baru ini.

Cukup menakjubkan! Selain matlamat perniagaan mereka yang ingin mendapatkan keuntungan, pada masa yang sama Fifteen juga berjaya membantu negara membendung masalah-masalah sosial. Bukannya semata-mata melaungkan kerajaan salah dan bodoh tanpa sebarang usaha seperti mana yang selalu kita dengar.

Menariknya mengenai Fifteen, mereka tidak pernah mengharap layanan baik kerajaan terhadap mereka. Padahal sewaktu ekonomi dunia menngalami kegawatan, keusahawanan sosial inilah yang membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan tanpa menurunkan kualiti perkhidmatan awam.

Selalu persoalan kita ialah, bagaimana mungkin keusahawanan sosial ini dapat dilaksanakan di Malaysia oleh orang biasa yang tidak mahu memecah tradisi? Melainkan semestinya mereka sahaja yang mempunyai fikrah perjuangan dapat melunaskan semua ini.

Namun, sekali lagi barat membuktikan. Tahniah!

Blogger Templates by Blog Forum