Menolak asetikisme

Islam adalah satu sistem komprehensif untuk melindungi harta peribadi. Harta peribadi adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Justeru islam tidak menafikan hak individu untuk mengumpul harta kekayaan. Sebaliknya, islam memberi garis panduan dan nasihat mengenai cara terbaik untuk membelanjakan harta. Islam mengajar agar harta tidak dibazirkan dan tidak boleh digunakan untuk menafikan hak orang lain.

Islam menolak fahaman asetik yang seolah-olah mahu manusia hidup dalam kemiskinan dan kesusahan. Maaf, fahaman ini menyelinap masuk ke dalam kebanyakan muslim dan ianya sangat berpengaruh.

Kaya atau miskin tidak melambangkan seseorang individu mempunyai hubungan yang erat dengan Allah. Semata-mata mahu menjadi miskin atau sengaja mahu menjadi miskin tidak langsung melambangkan ketaqwaan seseorang kepada Allah.

Islam menganggap dunia dan kekayaan yang boleh diperolehi di muka bumi sebagai platfrom neutral yang membolehkan individu menzahirkan rasa cinta mereka kepada allah dengan sukarela, termasuk mengumpul harta kekayaan.

Mereka yang memandang serong terhadap individu atau kumpulan yang ingin mengumpul harta kekayaan sebenarnya tidak memahami manifestasi "Bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah rezeki yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya.."

Berpandangan bahawa mengumpul harta kekayan boleh menjauhkan setiap individu daripada Allah adalah pandangan yang silap. Umpama seorng ibu yang memberitahu anaknya jangan potong kuku pada waktu malam kerana boleh menyebabkan si ibu mati. Sepatutnya si ibu menasihati anaknya supaya sentiasa berhati-hati potong kuku pada waktu malam kerana gelap, bimbang jari yang terpotong.

1 comments:

    Kotak PEMIKIRAN kita telah di terbalikan oleh KAPITALIS..

     

Blogger Templates by Blog Forum