Empayar Tesco


Sebut sahaja Tesco, adalah mustahil pasar raya besar (hypermarket) ini untuk tidak dikenali. Menjadi gedung berbelanja daripada kalangan suri rumah sehingga mereka yang bergelar jutawan. Anda boleh sendiri datang menjenguk ke Tesco, macam-macam ada!

Tesco mempunyai 2300 rangkaian pasar raya di 13 buah negara termasuk Malaysia. Angka ini menunjukkan bahawa Tesco tidak pernah bergurau dalam percaturannya menguasai sektor ini. James Caan, Pengurus Besar Tesco Stores Malaysia telah berjanji bahawa beliau akan membina lebih daripada 20 buah pasar raya besar Tesco dalam jangka masa 5 tahun bermula tahun 2005 telah menjadi kenyataan. Sekarang, Tesco mempunyai lebih daripada 26 buah pasar raya besar di Semenanjung Malaysia. Cukup untuk menunjukkan sekali lagi bahawa Tesco tidak pernah bergurau.

Bagaimana mungkin usahawan muda negara di dalam industri kecil-kecilan mampu bertahan dengan bayangan Tesco ini? Apatah lagi jika industri kita tidak mampu menemukan formula untuk menarik minat masyarakat ramai kembali kepada produk kita. Sejarah membuktikan bahawa perubahan yang mendadak tidak akan mudah diterima ramai. Maka, tidak hairan juga kedai-kedai runcit dalam negara satu masa nanti akan terpaksa gulung tikar. Senaraikan kekurangan di Tesco? Jika anda katakan harga produknya mahal, maka saya akan ketawa anda.


Artikel ini bukan untuk semata-mata menghentam Tesco. Itu bukan yang diajarkan kepada saya. Bahkan, kesungguhan dan semangat Tesco untuk membina empayarnya di seluruh dunia perlu di pelajari. Tidak salah untuk kita sebagai muslim mempelajari kesungguhan dan semangat Tesco. Saya bukan pengemar gagasan boikot tanpa tindakan, bahkan boleh mengundang murka Allah.

Jangan pernah berharap masyarakat khususnya di Malaysia beralih arah kepada produk Muslim jika tiada secubit usaha yang dilakukan. Bila saya katakan muslim produk muslim, jangan berpandangan bahawa ianya khusus untuk orang Islam sahaja. Fahaman ini perlu di ledakkan kerana Islam (pasaran halal dan toyyibah) itu rahmat seluruh alam. Strategi dan praktikal ekonomi tidak dipelajari secara khusus di dalam kitab. Ini perlu diketahui, menuntut untuk kita merancang percaturan dan praktikal dalam sektor ini. Tugas ini bukan mudah! Maka, sampaikan walau sedikit. Jangan malu atau segan untuk menunjukkan jalan keluar kepada orang ramai daripada belenggu ini sama ada sedar atau tidak sedar.

Akhirnya, seperkara yang kita perlu tahu bahawa artikel pendek ini hanya menceritakan empayar Tesco sahaja!

9 comments:

    salam...nak minta izin this entry..

     

    Silakan tuan..

     

    Ya.. marilah kita mengambil kaedah membuat saingan.. mengemukakan alternatif.. sebagaimana AbdulRahman bin Auf menyaingi perniagaan Yhaudi di Pasar Madinah... teruskan perjuangan

     

    Menurut kawan2 akak di us..tesco disana tak la sebesar kat msia..bukan setakat besar (gigantic) malah banyak pulak tu...macam tu lah negara kita mula2 di jajah...bila dah berkembang baru nak marah..dah tak guna...betul tak???

     

    Bro gua nak tanya kat MALAYSIA ni ada AKTIVIS EKONOMI ker.Klu ada gua nak join...klu takde jom kita wujud kan???GEMPUR RADIX HINGGA KE PINGGIR HUTAN...

     

    Bertukar ke produk MUSLIM...SUPPORT PRODUK & COMPANY ISLAM...BERHATI-HATI DGN COMPANY YG MENGGUNAKAN JENAMA SEAKAN-AKAN PRODUK ISLAM.BOIKOT KAPITALIS...that all...

     

    Kpd Abamuaz: Terima kasih ust atas nasihat itu.

     

    Kpd Akak teratai: Kemarahan itu berguna bila disudahkan dengan semangat untuk bertindak. Yahudi perlu diberi pujian kerana kejayaan mereka dalam mencanang idea dan semangat mereka bertindak.

    Tdk keterlaluan jika sy katakan bahawa, kdg-kdg idea dan gagasan Yahudi dalam perspektif ekonomi sangat berguna kepada kita untuk dipraktikkan.

     

    Kpd crewradix: Jika kita selidiki sistem ekonomi kapitalis, ada sebahagiannya sangat berguna kepada kita sebagai muslim untuk dipraktikkan. Umpamanya, keusahawanan sosial. Ianya bukan penganti tetapi bersifat pelengkap.

    Seperkara juga yang kita perlu tahu bahawa Multi Level Marketing itu juga adalah sebahagian sistem eko kapitalis tetapi HPA berjaya mengadunnya dengan SYARIAH. Bukankah kita telah belajar dan mencelup sistem kapitalis? Itu antara contoh yang kita boleh belajar daripada sistem kapitalis.

    Ya, kita perlu wujudkan kelab aktivis perniagaan. Bro jadi presiden!

     

Blogger Templates by Blog Forum