Fikir gila-gila

Aku berfikir bagaimana bentuk wajah dan gaya anak-anak ku nanti.
Aku mula mempersiapkan langkan mula dari sekarang. Kalau Luqman Al-Hakim telah mempersiapkan langkah sewaktu usia muda untuk menjadi ayah, kenpa aku tidak? Lalu aku mula menyusun kembali jadual tarbiyah harian.

Sebelum ini aku malas solat berjemaah subuh di masjid, malas baca quran setiap hari dengan memahami maknanya, malas berzikir mengingati Allah, dan sebagainya bentuk malas yang aku ada. Tetapi setelah aku membayangkan bagaimana bentuk gaya dan corak anak aku nanti, aku kembali bersemangat untuk mula menyusun kembali jadual tarbiyah di dalam hidup aku. Sememangnya aku adalah hamba yang banyak dosa dan lupa terhadap nikmat-nikmat Allah. Aku ingin berkongsi kepada semua pembaca blog mengenai bentuk impian dan hasrat anak-anak aku nanti. Mari perhalusi !

Anak pertama aku:

Aku mahu menghantarnya ke sekolah agama dan menjadikannya sebagai Hafiz Quran. Aku akan memdidiknya dari awal, aku akan merotannya sekiranya lewat menunaikan solat berjemaah. Satu qiam solat fardhu tertinggal di balas dengan satu rotan. Itu setelah dia berumur 10 tahun. Aku mahu mendidiknya sehingga dia faham mengenai gerakan Islam dan bijak dengan suasana masyarakat sekeliling.

Selepas sahaja anak sulung aku ini boleh menghafaz Quran dengan baik dan mempunyai fikrah yang aku kira sudah baik, maka aku akan memberikan cadangan kepadanya untuk mengambil kelas kerjaya sebagai Juruterbang [Pilot]. Aku mahu dia belajar bersungguh-sungguh sehingga boleh menjadi sebagai ketua Juruterbang. Setelah sahaja dia tamat, aku akan memintanya untuk menggabungkan apa yang terdapat di dalam Quran dengan perkerjaannya sebagai Ketua Juruterbang. Aku akan memintanya untuk mewujudkan dimensi tarbiyah atau berusaha sedaya sehingga berjaya agar para pramugari Islam di dalam Kapal terbang menutup aurat dengan sempurna. Para pramugari bukan Islam juga perlu mengenakan pakaian dengan baik.

"Berapa banyak pahala dan ganjaran yang dia akan dapat?"
Hanya Allah yang tahu semua itu. Jika berjaya, maka dia telah berjaya menjaga maruah wanita Islam yang semestinya wajib juga untuk kita sebagai muslim memelihara bukan sahaja dengan ceramah dan kuliah tetapi kaedah dan cara perlu divariasikan. Salah satunya, dengan keadaan anak aku ini sebagai Ketua juruterbang. Anda bayangkan, berapa ramai para Pramugari Islam di dalam Kapal terbang berjaya menutup aurat dengan baik hanya dengan ada seorang Ketua Juruterbang Islam yang ada fikrah. Pada masa yang sama aku juga akan mencadangkan kepada anak sulung aku, berusaha sedaya sehingga berjaya agar minuman keras atau arak tidak lagi di bawa atau di hidangkan di dalam Kapal Terbang dengan sebab dan alasan kukuh yang tidak perlu aku utarakan di sini.

Sebenarnya banyak lagi dimensi tarbiyah yang boleh di lakukan hanya sebagai seorang Ketua Juruterbang. Gajinya yang berpuluh ribu sebagai Ketua Juruterbang akan aku cadangkan untuk disumbangkan kepada gerakan Islam, membuat sekolah pondok, dan sebagainya untuk bekalan akhirat, insya-Allah.

"Adakah anda percaya bahawa gerakan Islam kita pada hari ini banyak di support oleh tenaga-tenaga seperti mereka ini?" Mereka tidak terlibat secara langsung di dalam gerakan Islam tetapi dari sudut lain [wang ringgit, makanan, dan sebagainya] merekalah "taiko" penyumbang kepada gerakan Islam.

Anak kedua aku:

Latar belakang pendidikan sama dengan anak aku yang sulung tadi, tahfiz dan hafaz Quran. Aku mahu menjadikan mereka tahfiz dan hafaz di antara sebabnya ialah mahu mendapatkan syafaat daripada mereka di akhirat kelak.

Aku akan mencadangkan kepada anak aku yang kedua ini sebagai ahli perniagaan yang termuka. Aku mahu menjadikannya seperti seorang sahabat yang hebat di dalam urusan perniagaan, Abdul Rahman Bin Auf. Aku memang suka berniaga dan aku turunkan ilmu itu kepadanya. Aku akan membuatkannya agar berminat kepada perniagaan sehingga mampu mewujudkan satu "Supermarket Islam" yang terkemuka yang mempunyai rangkaian antarabangsa. Aku mahu anak aku yang kedua menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan yang hidup susah, yang kurang berkemampuan, dan yang memang memerlukan pekerjaan. Pokoknya mereka boleh berkerja dan warganegara Malaysia. Aku akan mencadangkan kepada anak aku yang kedua juga agar membuat usrah kepada semua pekerjanya. Usrahnya membentuk peribadi muslim yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Islam. Aku membayangkan bagaimana anak aku yang kedua ini juga mampu mengenakan syarat pekerjaan kepada pekerja wanita Islam untuk menutup aurat dengan sempurna sehingga orang bukan Islam berminat dan ingin memasuki Islam. Aku ingin mereka terasa aura Islam itu.

Aku mahu anak aku yang kedua ini agar mewujudkan rangkaian di seluruh dunia dengan menawarkan produk serta makanan Muslim. Kalau di Sandakan belum ada pasaran Roti Muslim, maka anak aku yang ke dua perlu mewujudkankannya di samping "Supermarket Islam" tetap beroperasi di pelusuk antarabangsa. Aku mahu menjadikan anak aku yang kedua sebagai ahli perniagaan Islam yang berjaya. Mampu memberi peluang pekerjaan kepada orang-orang Islam, mampu menyediakan manhaj tarbiyah kepada pekerjanya melalui usrah, mampu mendidk pekerjanya dengan akhlak Islam, mampu menyumbangkan wang ringgit kepada gerakan Islam, supermarketnya mampu dijadikan gedung barangan untuk gerakan Islam secara percuma [bayar sikit ja], mampu mendirikan sekolah-sekolah pondok dan sebagainya untuk Islam, insya-Allah.

Anak yang ketiga dan seterusnya biarlah rahsia. Aku juga berhasrat agar ada seorang anak perempuan aku menjadi seorang juru solek Islam yang terkemuka, mampu berdakwah kepada setiap pelanggannya sehingga ingin mendalami Islam secara Syumul. Aku kongsikan bukannya untuk temberang dan sebagainya, sekadar perkongsian untuk difikirkan bersama. Aku bukan mengongkong anak aku tetapi mahu mencorakkannya. Kita boleh mencorak anak-anak kita nanti."Bukankah anak yang baru lahir itu bagaikan kain putih yang putih bersih?"

Tapi aku terfikr, mampukah aku mereliasasikan impian ini dengan gaya dan sikap aku sekarang ini. Maka, aku kena berubah! Satu lagi paling penting, bidadari atau isteri yang akan bersama aku nanti mesti mempunyai impian yang sama dengan aku. Analoginya, rentak muzik dan lagunya kena seiring, barulah "teon" muzik dan lagunya tidak lari.

Mungkin ada yang mempersoalkankan bahawa ini hanya satu impian dan teori semata-mata. Aku katakan,

"Ya dan betul".

Tetapi siapa akan menyangka esok atau hari seterusnya akan menjadi kenyataan. Pernah satu ketika dahulu aku berfikir mengenai "gelombang" walau pada mulanya sekadar berkeyakinan bahawa "gelombang itu pasti datang". Siapa boleh menduga bahawa gelombang itu sudah berlaku dan tetap akan berlaku pada masa akan datang. Jika tidak pada hari ini, pasti esok atau hari berikutnya. Aku ulang lagi, "mungkin impian ini juga satu impian dan teori semata-mata tetapi siapa sangka esok menjadi kenyataan." Pokoknya, bidadari aku perlu membantu aku.

Maka aku memohon jasa baik setiap pembaca blog ini, tolong doakan impian dan hasrat aku ini jika ia baik untuk Islam.

"Doakan ya.."

20 comments:

    Salam Menuju ke alam perkahwinan.

    Akhi klu khwn tu jgn lupa jemput kami ah...

    Doa kami sentiasa bersama semua.

    mudah-mudahan dapat anak soleh dan solehah..

    Ameeeennnnnnn

     

    aku akan sentiasa doakan...
    Semoga Allah akan memberi segala2nya yang terbaik buatmu...
    Amin...

     
    On October 25, 2008 at 9:38 AM Anonymous said...

    nak didik anak-anak menjadi orang yang cemerlang, ayah dan ibu perlu cemerlang dahulu.jadi jangan malas ke kelas dan jangan malas menyiapkan assignment ya. Dunia dan akhirat haruslah seiring. jika kita nak anak-anak yang lahir kelak berjaya menjadi seorang yang bijak pandai tapi kita sendiri malas untuk ke kelas di alam kampus ini,malas untuk membuat serta menghantar assignment, siapa nanti yang perlu anak-anak contohi? Siapa yang boleh anak-anak jadikan role model?

     

    Bagusnya Abg Kamal ni... boleh merancang sesuatu dlm jangka masa panjang... salute...semoga impian tercapai... ameen...

     
    On October 27, 2008 at 9:26 AM Anonymous said...

    Artikel santai akh ini berjaya membawa ana membayangkan sesuatu mengenai masa depan yg mungkin lebih hebar daripada akh.

    Terima kasih akh.

     
    On October 27, 2008 at 2:28 PM Anonymous said...

    setuju dgn kata2 siapaaku.. tak salah utk kita menanam impian tapi biarlah kena pada tempatnya.. ayah dan ibu menjadi role model.. kalau kita tak berubah utk persiapkan diri kita.. hrapan hanya akan tinggal harapan dan impian hanya tinggal impian.. bak kata siapaku, dunia dan akhirat kena seimbang dan seiring.. Impian kamal utk mendidik anak2 suatu hari nanti adalah impian ketika berkeluarga.. tapi impian sebenar utk diri kamal sendiri apa ya?

     

    Semoga impian utk berjaya dlm pelajaran n impian mnuju alam perkahwinan itu tercapai..InsyaAllah.

     

    Jutaan Kasih daripada doa kalian. Sesungguhnya doa kalian adalah pembakar semangat utk aku terus berusaha.

    Jutaan kasih juga kepada Siapa aku dan anonymous yang melontarkan pandangan dan nasihat.

    Impian saya kalau nak tahu, marilah jumpa saya. Kita berkongsi..

    Salam jihad!!

     

    Teerah, perancangan itu milik manusia. Ketentuan itu milik Allah.

    Mungkin ada insan mempersoalkan,

    "merancang kunun tapi diri tidak terurus.."

    Mungkin begitula ayatnya..

    Ambik pandangan tersebut!! Sekurang-kurangnya kita merancang untuk menjadikan diri kita lebih terurus dan baik dengan harapan dan impian itu.

    Saya suka Pak Pandir, suka berangan-angan.

    Paling penting, membuatkan orang juga berfikir bahawa kita perlu merancang.

    Ayuh Teerah, rancang takwim penerbitan dan penyiaran. Revolusikan segalanya untuk menarik minat masyarakat kampus kepada kita..

    Salam kasih..

     
    On October 28, 2008 at 10:04 AM Anonymous said...

    setiap lontaran idea atau pandangan itu sebenarnya lahir daripada sanubari kita. eventhought akan terlintas dibenak kita 'ini adalah angan2 saja' namun rasa untuk menrealisasikannya tetap saja ada. seperti kata Sigmund Freud dan mendefinisikan kawalan sedar, dan bawah sedar melalui jenis2 ego. yakni pada ketika kecil kita ini mempunyai sikap yg ingin memiliki saja tanpa tahu untuk menapis. manakala apabila kita berada pd usia yg separuh matang rasa untuk memiliki setiap apa yg menarik pasti ada namun merasa tidak mampu lantaran itu sikap ingin memiliki diiringi nilai-nilai cara untuk mengecapinya wujud dalam diri kita. hebat bukan dimensi yang ALLAH bekalkan pada kita. aku merasa begitu juga yang dialami oleh saudara Kamal. aku positif dengan harapan saudara walaupun tidak 100% kelak, namun kearah itu pun dikira telah berjaya.

    walaupun ini hanya satu artikel mengenai harapan terhadap future children dan future wife, namun dapat mengajak pembaca artikel ini untuk berfikir dari aspek2 lain, terutama mereka yang masih menuntut. supaya keluar nanti jangan terus target pada pasaran pekerjaan yang berlandaskan pada sektor kerajaan namun take for granted utk mencari bidang mencabar yg dimonopoli bangsa lain supaya boleh memecahkan monopoli mereka. baru islam dapat bertapak disanubari umat Islam sendiri also for non muslim.

    teruskan berkarya saudara!

     

    Itulah yang sebenarnya antara yang ingin saya sampaikan.

    Saya tidak pasti pembaca yang lain. Jika ada yang nampak bahawa saya ingin bernikah semata-mata, itu satu kesilapan.

    Tahniah kepada bola api, berjaya mencungkil maksud tersirat apa yang hendak aku sampaikan. Punyai pandangan dan maksud yang sangat berbeza, aku sangat suka.

    Banyak lagi maksud tersirat yang di terjemahkan melalui angan-angan untuk kita fikirkan bersama. Kalau hanya nampak isteri dan anak-anak semata-semata, baik cepat-cepat kahwin.

    Salam kasih!!

     

    Lagi satu, sudah banyak blogers yang menyampaikan sesuatu fakta yang tersurat dan tersirat dan bentuk yang formal. Persoalannya, adakah rentak itu perlu sama atau selari dengan kita? Atau perlu untuk kita menyediakan dimensi yang agak berlainan, janji anak-anak muda suka dan membuatkan mereka berfikir.

    Boleh sahaja sesuatu fakta yang tersurat atau tersirat disampaikan dalam bentuk komik, lawak, dan sebagainya. Antara tujuan utama, mengajak pembaca supaya berfikir!

    Tahniah kali kedua kepada bolaapi.
    Ayuh, berfikir sehingga tertidur!!

    Salam Kasih.

     

    ...Ameen...

     
    On October 30, 2008 at 8:50 PM Anonymous said...

    eeemmm terima kasih wahai saudaraku Kamal... persoalan saudara kamal itu membuatkan aku berfikir sejenak mengenai isu tersebut. kerana gaya penyampaian seseorang blogger amatur itu memang mempunyai pembawaanya masing-masing. contoh seperti blogger sosialiskanan yang banyak menitik beratkan penulisan yang berbemtuk ilmiah dan pembacaan yang agak berat. begitu juga dengan s/u GAMIS yang mengajak pembacanya unutk mendepani politik dari aspek politik nilai..

    justeru kesedaran kepada mereka yang telah mempunyai dan yang akan membina blog itu wajar. timbulkan dalam benak "mengapa aku membina blog"? nah! pasti akan mendapat ilham misi, visi dan matlamat yang tersendiri bukan?

    kepada saudaraku Kamal, blog merupakan salah satu medan tarbiyah yang baik kepada para aktivis mahasiswa dalam mengupas isu melalui pemahaman masing-masing disampaing menyampaikan perkara-perkara yang bersarang dalam lubuk hati terhadap dilema-dilema mahasiswa hatta dilema masyarakat juga, dan bukan semata-mata memplagiat hasil kerja orang lain..

    hal ini pasti dapat mencetuskan insan-insan yang berfikiran secara kritis lagi kritikal.. ops meleret-leret la plak maaf na ce' mang lagu nie pantang ada kesempatan teghui telusuri..

     
    On October 31, 2008 at 3:45 PM Anonymous said...

    Assalammualaikum....
    saya suka baca blog....& setiap kali baca blog Nur Kamal,membuatkan otak saya bekerja keras untuk berfikir...berfikir dan terus berfikir.... punya isi tersendiri untuk disampaikan kepada pembaca/pengunjung blog,dan akhirnya mengajak kita sama-sama berfikir....
    to conclusion, ingin melahirkan ummat yang RAJIN/giat berfikir untuk ISLAM.....

     
    On November 3, 2008 at 12:12 AM Anonymous said...

    Slm `alek.....wah,jauh berfikir, bgs2...x smua org berani bersuara mcm ni...haha...bgus2.....






    http://nawfaltimur.blogspot.com

     

    slm tuan..jauh memangdng..target 2 je ke?hehe..

     

    huh....
    mantap idea yang bernas mampu mendorong kita untuk berfikir..
    Teruskan perjuangan sehingga dapat anak yang ke 3

    Ajar dorng jadi mcm bapaknya...

    Chayooo...Chayooo

     
    On November 22, 2008 at 10:03 PM Anonymous said...

    assalamualaikum...

    salam ziarah...
    post yg menarik!
    cuma, mcm mne la plak utk anak2 yg strusnya la...? ke-3, ke-4, ke-5...?
    hm...
    ana mohon tunjuk ajar enta...
    syukran dgn segala yg tlh byk dcurahkan pd kami...

    bersama mendaulatkan Islam!

    teruskan perjuangan!

    wallahualam...

     

    Anak yang keseterus kalinya, "biarlah rahsia".

    Sama-sama belajar, handphone 24 jam ON.

    Salam perjuangan!!

    Terima kasih, kunjungan semua sahabat..

     

Blogger Templates by Blog Forum