Transformasi Tarbiyah

Selepas solat maghrib, saya terus berjumpa dengan Hasli,

"Malam ni kita ada hantar wakil?"

"Tidak da"

Hasli menjawab dan pada aksi wajahnya melihat seolah-olah saya bergurau.

Setelah itu saya terus mencari pemain gitar terkemuka di dalam gerakan Islam, Adzmin Awang.

"Min, jom kita masuk battle of the band"

Bersahaja Adzmin menjawab,

"Mana ada orang"

"Jangan risau, ada orang juga."

Saya menyakinkan Adzmin. Saya terus bergegas mencari geng-geng Sandakan. Pemain gitar, pemain drum, dan lain-lain. Saya menawarkan diri menjadi penyanyi.

Lalu saya berjumpa dengan Pengarah Battle Of the Band, menyatakan bahawa saya dan kumpulan saya mahu membuat persembahan di akhir pertandingan Battle Of the Band. Sayangnya, permintaan itu di tolak atas alasan lewat untuk saya memaklumkan kepadanya.
Kalaulah, En Zulkifli memberikan peluang kepada saya dan kumpulan saya membuat persembahan pada malam itu, sewaktu pertandingan Battle Of the Band, semestinya satu lagi transformasi tarbiyah dan dakwah di dalam gerakan Islam.

Saya terus membayangkan, bagaimana ahli gerakan Islam mampu merintis gerakan transformasi tarbiyah dan dakwah. Jika tangan ini mampu, akan saya kaderkan pemuzik-pemuzik Battle Of the Band dan saya akan biarkan mereka berjuang di medan mereka sebagai pemuzik, pokoknya mereka adalah ahli gerakan Islam. Aduhai! Impian itu.

3 comments:

    Battle of the Band..

    Kita bermuzic ad caranya...

    Ana setuju hantar wakil, tapi nampaknya tidak mendapat sambutan daripada mrk..

    Apapun klu ada lagi BOTB masuk bertanding awal2.. Senang d or mau atur...

     

    Kita adalah generasi yang hanya tidak mengatakan "tidak", sebaliknya kita adalah generasi yang mengatakan "ya" dengan kaedah dan cara yang lebih berani.

    Ijtihad berani itu satu keperluan untuk kita mencorak keadaan yang lebih baik.

    Ayuh, revolusi gerakan tarbiyah kita.
    Jutaan kasih cadangan nursyahadah, kita perlu jemput pemain gitar dan sebagainya bersama kita. Biarkan mereka berdakwah dengan pentas mereka. Azhan Atan, ketua pemuda PAS telah memulakan. Kita sebagai mahasiswa Islam, siapa yang memulakan?

    Ayuh semua berfikir dan terus berfikir untuk ummah ini.

     

    salam.
    daei perlu mengerti dan mengenali sasaran dakwah dan mad'u serta persekitaran zon dakwah agar bicara kita bisa difahami.
    kitab2 haraki adalah pedoman tapi bukan manual rigid yg mengongkong.
    tiada gunanya Islam yang indah itu berselubung jubah tebal dan terperangkap dalam pagar2 masjid semata, tanpa mampu utk menjadikan manusia Pencinta Tuhan.
    InsyaAllah kita akan kembali, bila?hnya tuhan yg tahu

     

Blogger Templates by Blog Forum