Makna perjuangan

Pastinya sudah lama jari-jemari tidak beraksi menyusun minda untuk di terjemahkan secara picisan di dalam blog usang ini. Terlalu lama! Entah bagaimana kerinduan ini mula kembali untuk sesekali melontar idea serta gagasan kepada mereka yang setia menatap laman ini. Mudah-mudahan Allah menilai usaha yang jari-jemari ini sedikit sebanyak ingin beraksi.

Minda berputar sesekali ligat berfikir tentang istilah yang sering di ungkapkan "teruskan perjuangan!". Kekadang meruntum pilu ketika ramai yang mendabik dada konon perjuangan mereka lebih prioriti lalu menafikan gerak kerja orang lain yang konon perjuangan itu bersifat serpihan atau ranting. Pilu dan bimbang dengan part mendabik dada dan menafikan gerak tari orang lain. Lalu tersimpul sebagai tajuk artikel ini iaitu Makna Perjuangan?

Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaannya masing-masing". Maka tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" (Al-Isra : 84)

"Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan),walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang.." (Riwayat Ahmad,dari hadis Jabir , no 19717)

Kita sebenarnya tidak tahu secara tepat akan usaha dakwah yang di lakukan oleh orang lain. Bukankah kita telah di didik untuk sentiasa bersangka baik? Bukankah juga kita di tamrin bahawa tidak boleh sewenangnya menuding jari bahawa si fulan tidak berjuang Islam kerana sibuk dengan motivasinya, bisnesnya, syarikatnya, sekolahnya dan lain-lain? Bukankah kita telah mengaku bahawa kita sebuah gerakan Islam (syumul)?

Akhirnya, apa sumbangan kita? Sejauh mana keikhlasan kita sebelum mempertikai sumbangan orang lain?

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum