Taktik romantik

Rasulullah dan Aisya sering makan bersama bahkan satu pinggan yang sama. Aisyah pernah meriwayatkan sebagaimana berikut "Suatu hari, aku makan bersama Rasulullah. Tiba-tiba Umar melintas dan Baginda memanggilnya untuk makan bersama kami. Kadang kala tanganku menyentuh jari Baginda.." (Riwayat al-Bukhari, al-Nasa'i, dan at-Tabrani)

Aisya juga pernah meriwayatkan bahawa beliau meminum minuman lalu memberikannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda kemudiannya minum dari gelas yang sama dengan meletakkan mulut baginda di tempat bekas mulut Aisyah. (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa'i dan Ibn Majah)

Selain berjaya dalam taktik peperangan, Rasulullah juga berjaya dalam taktik romantik. Banyak lagi taktik romantik, perlu diterokai..

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum