Saling melengkapi

PENDAHULUAN

Saya memerhatikan takwim hidup saya. Ada sesuatu perkara yang sangat besar ingin saya capai pada umur saya 24 tahun. Menjadi atau tidak itu perkara kedua, yang penting saya ada keinginan untuk sampai ke objektif tersebut. Hidup bukan kebetulan, ada garisan penamatnya.

Syarat mencintai Allah tidak semestinya papa. Mempunyai rumah besar, kerata besar, isteri besar dan lain-lain yang besar tidak juga melambangkan cinta kepada dunia. Taqwa tidak bermaksud mahu kepada kemiskinan lalu meninggalkan dunia serta-merta. Mustahil akhirat untuk di kecapi jika dunia tidak di lalui. Sebelum sampai kepada maksud akhirat maka dunia adalah sebaik-baik penghubungnya.

HARTAWAN DAN AHLI SALAF

Sebahagian besar ahli salaf (sahabat nabi dan tabien) di jamin kehidupannya oleh kalangan hartawan yang melihat ahli salaf penuh kasih sayang. Bagi hartawan, ahli salaf perlu dibiayai sepenuhnya kerana masa dan waktu mereka keseluruhannya untuk mengajar masayarakat, menentang kezaliman dan ke kancah jihad fisabilillah. Mustahil mereka punyai fokus yang lebih untuk hal membiayai kehidupan. Maka hartawan meletakkan posisinya sesuai dengan slogan, semua itu hak Allah.

Nabi bersabda drp Said Al-Khudry r.a;

"Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.."
Riwayat; At-Tarmizi.

Adakah sabda nabi ini hanya terkena kepada ahli salaf sahaja tetapi tempiasnya sama sekali tidak kepada hartawan yang meletakkkan posisinya seperti di atas?

Jika dikatakan bahawa harta dunia melambangkan seseorang mencintai dunia, bagaimana pula dengan Siti Khadijah, Abdul Rahman Bin Auf dan ramai lagi sahabat nabi yang berharta? Jika maksud dunia dijadikan penghubung untuk sampai ke maksud akhirat, maka di mana silapnya?

Salahkah muslimin yang ingin mengahwini seorang muslimat bertujuan ingin menyempurnakan maksud agama, bimbang terjebak perkara mungkar? Muslimin tadi telah menjadikan muslimat tersebut sebagai alat untuk sampai kepada maksud akhirat..

PENUTUP

Jika kita tidak mampu melihat kekuatan diri lalu membiarkan kehidupan ini tanpa pelan tindakan yang kita fahami, maka jadilah kita mereka yang suka menghukum gerak kerja orang lain. Akhirnya, kehidupan penuh dengan tuntutan dan desakan. Ia dipenuhi paksaan demi kehidupan yang lebih benar. Dunia ini seperti filem. Mustahil semua boleh jadi pengarah filem tanpa pelakon dan tugas-tugas yang lain. Fahami tuntutan tarbiyah, saling melengkapi.

2 comments:

    On August 5, 2009 at 5:30 PM adiq2 said...

    Allah hu akhbar..

     
    On August 6, 2009 at 11:42 AM Anonymous said...

    Mai pakat jadi hartawan HPA. (:

     

Blogger Templates by Blog Forum