Makna perjuangan

Pastinya sudah lama jari-jemari tidak beraksi menyusun minda untuk di terjemahkan secara picisan di dalam blog usang ini. Terlalu lama! Entah bagaimana kerinduan ini mula kembali untuk sesekali melontar idea serta gagasan kepada mereka yang setia menatap laman ini. Mudah-mudahan Allah menilai usaha yang jari-jemari ini sedikit sebanyak ingin beraksi.

Minda berputar sesekali ligat berfikir tentang istilah yang sering di ungkapkan "teruskan perjuangan!". Kekadang meruntum pilu ketika ramai yang mendabik dada konon perjuangan mereka lebih prioriti lalu menafikan gerak kerja orang lain yang konon perjuangan itu bersifat serpihan atau ranting. Pilu dan bimbang dengan part mendabik dada dan menafikan gerak tari orang lain. Lalu tersimpul sebagai tajuk artikel ini iaitu Makna Perjuangan?

Katakanlah: "Tiap-tiap orang berbuat amalan menurut keadaannya masing-masing". Maka tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya" (Al-Isra : 84)

"Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan),walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang.." (Riwayat Ahmad,dari hadis Jabir , no 19717)

Kita sebenarnya tidak tahu secara tepat akan usaha dakwah yang di lakukan oleh orang lain. Bukankah kita telah di didik untuk sentiasa bersangka baik? Bukankah juga kita di tamrin bahawa tidak boleh sewenangnya menuding jari bahawa si fulan tidak berjuang Islam kerana sibuk dengan motivasinya, bisnesnya, syarikatnya, sekolahnya dan lain-lain? Bukankah kita telah mengaku bahawa kita sebuah gerakan Islam (syumul)?

Akhirnya, apa sumbangan kita? Sejauh mana keikhlasan kita sebelum mempertikai sumbangan orang lain?

Justin Gignac



Mungkin tidak ramai yang tidak mengenali Justin Gignac, lebih-lebih lagi anak-anak muda di Malaysia. Mungkin lebih ramai yang mengenali Awie berbanding Justin Gignac.

Seawal usia 25 tahun, anak muda ini melakar sejarah yang tersendiri dengan ideanya yang sangat luar biasa. Beliau kemudian diagungkan oleh media-media barat seperti CNN, CBS, NBC, Koran TV, Advertising Age, bahkan dalam YouTube bukan kerana beliau seorang anak muda tetapi ideanya muda yang telah membuka mata dunia.

Idea inovatif anak muda ini ialah mengumpulkan seluruh sampah-sampah sekitar New York dan dipatenkan dalam sebuah brand “NYC Garbaage” yang ternyata laris diserbu pelanggan. Paling saya kagumi ialah apabila beliau sangat menghargai alam untuk diberikan kembali kepada manusia dalam bentuk yang lebih menarik.

Steve Jobs



Berilah masa untuk menatapi setiap bait-bait Steve Jobs yang juga merupakan CEO syarikat ternama dunia, Apple dan PIXAR Animation. Pengasas iPhone, iPod dan iPAd. Beliau merupakan salah seorang billionaire di planet bumi (anggaran asetnya bernilai USD5.1 billion). Ucapan beliau ini amat cemerlang, gaya bahasa yang digunakan ialah gaya bahasa MUSLIM yang kebanyakan MUSLIM tidak menggunakannya.

Akidah perniagaan

Firman Allah;

"Setiap kali Zakaria masuk menemuinya di mihrab (bilik khusus ibadat), dia mendapati makanan di sisinya (Maryam). Dia berkata, wahai Maryam, dari mana engkau perolehi ini? Dia (Maryam) menjawab, Itu dari Allah. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dia kehendaki tanpa perhitungan.." (Ali-Imran; 37)

Teori Adam Smith

Unsur yang paling penting dalam menentukan teori penawaran ialah hasrat manusia untuk mendapatkan untung yang maksimum. Oleh itu, firma akan menjalankan segala usahanya untuk mencapai jumlah hasil yang maksimum dengan kos yang minimum. Objektif memaksimumkan untung ini merupakan idea ciptaan Adam Smith dalam bukunya The Wealth of Nations yang diterbitkan dalam tahun 1776.

Teori Adam Smith ini perlu di beri perhatian kepada mereka yang mencebutkan diri di dalam perniagaan. Kos yang minimum tidak wajar ditafsirkan dengan kualiti yang minimum.

Sebab itu antara matlamat perniagaan ialah keuntungan. Setiap ahli perniagaan berhasrat untuk memaksimumkan keuntungan. Di Malaysia, setakat ini hanya Dr. Ifran Khari yang berjaya bergelar jutawan seusia 25 tahun.

Sebagaimana Parti Politik (POLITIK) bertanding untuk menang, begitu juga Ahli Perniagaan (EKONOMI) yang berniaga untuk untung. Kedua-duanya punya KUASA tersendiri!!

Blogger Templates by Blog Forum