Langkah ini

Hampir genap dua tahun menjelajah daerah seluruh Sabah. Bahasa mudahnya, bermusafir. Seingat database peribadi, baru 2/4 kawasan yang saya ziarahi di seluruh Sabah sepanjang tempoh 2 tahun. Betapa luasnya bumi Sabah untuk aktiviti permusafiran. Sewaktu saya menaip untuk memuatkan sisipan ini pun saya sedang bermusafir di bumi Sabah.

Baru saya mengerti di sebalik peribahasa, "jauh perjalanan luas pemandangan". Lalu saya kongsikan slide pemandangan itu agar bebanan maklumat ini sedikit dapat di kurangkan dalam pendrive yang tersimpan lama.

Saya masih menggunakan kereta yang lama cuma enjin kereta saya tukar kepada HPA untuk aktiviti musafir ini. Saya menolak dengan baik pelawaan sahabat tercinta saya untuk bertugas sebagai Pegawai Kewangan PASTI sepenuh masa. Menolak bukan bermakna tidak bersama, saya yakin itu di fahami. Saya yakin bahawa saya belum menjiwai tugas yang saya tolak dengan baik itu. Saya juga membuat hukum matematik di bawah topik kebarangkalian untuk bertemu masyarakat Sabah di antara ke dua-dua tugas jihad ini. Saya sangat bersyukur dengan pilihan langkah ini.

Apabila menyebut HPA, sentiasa sahaja di kaitkan dengan bonus dan ganjaran wang ringgit yang hebat. Bukan semua tetapi hampir semua marhean melihatnya begitu. Sampai ke hari ini saya belum memiliki bonus dan ganjaran wang ringgit yang hebat kerana itu bukan matlamat asal saya. Lalu mengapa memilih langkah ini? Di dalamnya terkandung ilmu Perubatan Jawi (Alamiah dan Ilahiah) yang dapat meneguhkan persaudaraan sesama manusia. Bukankah jihad di fardhukan untuk 2 perkara yang besar? Pertama, meneguhkan persaudaraan dan keharmonian sesama manusia. Kedua, menyekat kuasa kezaliman yang ingin meruntuhkan persaudaraan dan keharmonian sejagat.

Slide
pemandangan ini saya simpulkan dengan frasa "mereka sedang menunggu". Mereka mahu kepada Islam tetapi kezaliman dan kejahatan membatasi keinginan mereka bersama Islam. Saya tahu melalui pengalaman bertemu mereka dan saya juga pernah berada di zaman mereka. Lalu sampai bila kita ingin menunggu bahawa kezaliman dan kejahatan ini dapat di tamatkan tanpa sebarang gerak tari yang memaksudkan kegawatan ini? Maka jadilah kita sang perindu PRU-13 yang menanti jawapan dengan sebuah harapan yang kita akan menang tanpa sekulimit usaha daripada kita. Bukankah kita telah sedia maklum yang setiap hari juga adalah pilihan raya. Ya, pilihan raya antara cahaya dan kegelapan!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum