Akademi Usahawan Muda (AUM)

PENGENALAN

Kata bijak pandai, "Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan diri, maka akui hakikat itu. Ingat, kuat dalam mengakui kesilapan dan kuat untuk memperbetulkannya."

BUKAN MIMPI

Selalu bermimpi dan kejarlah mimpi itu. Jangan kecewa jika gagal untuk mengejar mimpi itu. Seperkara yang perlu kita faham, jangan hidup kerana manusia. Bila mana kita hidup untuk mengejar keredhaan manusia, kita tidak akan ke mana. Jangan mati kerana cercaan manusia dan jangan hidup kerana pujiaan serta harapan manusia. Bagaimanapun keadaan manusia terhadapa kita, kita tetap "go on" ke hadapan dan menjadikan mardhatillah itu sebagai misi utama.

Besarnya kuasa ekonomi sehingga mampu mengubah manusia daripada "putih kepada hitam." Lihat artikel empayar tesco sebelum ini sebagai rujukan bagaimana semua itu boleh berlaku. Tidak terlalu kejam untuk mengatakan bahawa fahaman asetikisme perlu diledakkan. Rujuk artikel fahaman asetikisme sebelum ini.

Tidak ada yang lebih autoriti dan tidak ada juga yang nombor 1 dan nombor 2 bila mana kita meletakkan diri kita ke medan ekonomi, politik kepartian, aktivitis akademik dan lain-lain. Semua itu tidak lain hanya untuk saling melengkapi. Rujuk artikel saling melengkapi sebelum ini.

KESIMPULANNYA

Fahami artikel ini mengikut cara kita ingin memahami. Setelah menelaah peluang yang ada, Akademi Usahawanan Muda (AUM) ialah satu medan untuk menyampaikan agama dan peluang pekerjaan yang praktikal kepada penuntutnya nanti. Ini juga salah satu kaedah yang di ciplak daripada barat melalui penerokaan usahawan sosial. Tidak salah bukan menciplak idea daripada barat? Rujuk artikel terokai usahawan sosial sebelum ini.

Akhirnya, AUM ini bukannya mimpi bahkan satu realiti yang hanya menunggu masa. Mungkin juga bersifat gelombang kepada bumi borneo. Kalau pun tidak berlaku, tidak perlu kecewa kerana sudah pun mencuba. AUM ialah ruang yang belum terpamer dan wasilah untuk memecah tradisi keadah dalam menyampaikan kebenaran. Hanya diserahkan kepada Allah sesudah berusaha, itu yang sebaiknya..

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum