Masalah satu peluang

Jika kita lari daripada masalah, sememangnya kita orang yang normal. Tetapi fahami tuntutan ini, bahawa masalah sentiasa akan ada. Bagaikan lalang, apabila ditebas menjalar semula.

Bila mana kita memahami isu ini, maka kita faham bahawa tidak boleh lari daripada masalah selagi mana kita bergelar manusia.

Masalah bukan bebanan, melainkan satu peluang untuk mematangkan akal berperanan sebagai hamba.

Terukan langkah ini, ekonomi medan kita! Kita persembahkan aksi petanda interaksi kepada semua masalah.

H1N1


MUKADDIMAH

Ketika cendiakawan dan para ulama mengatakan bahawa H1N1 itu satu peringatan daripada Allah, ketika ramai ilmuan dan ahli falsafah yang mengatakan bahawa H1N1 itu satu bencana, tidak kurang juga yang menuding jari kepada binatang yang bernama BABI, maka izinkan saya sebagai seorang kanak-kanak untuk mengatakan bahawa H1N1 itu satu konspirasi.

MENCIPTA SUASANA


Semalam saya dihubungi oleh ayah saya yang mengatakan bahawa beberapa buah sekolah sudah yang ditutup di Sandakan. Saya tidak pasti mengenai maklumat itu tetapi saya yakin kepada syarahan ayah saya (bercakap dalam bahasa Kegayan). Saya kira H1N1 berjaya mencipta suasana, sehingga beberapa tindakan drastik perlu dilakukan di semua peringkat termasuk penutupan institut pengajian tinggi. Itulah gelombang H1N1 yang saya kira berjaya membina empayarnya di seluruh dunia, cukup bersejarah apabila seolah-olah mengingatkan kita mengenai empayar ISLAM yang juga berjaya mencipta suasana suatu ketika dahulu.

SIFIR AHLI PERNIAGAAN

Berfikir bagaimana caranya agar dapat mengeluarkan duit saku orang lain dan masuk ke dalam sakunya, itulah sifir ahli perniagaan. Saya fikir sifir ini tidak ada salahnya jika disenergikan dengan syariah dan mereka yang mendalami politikus cukup faham apa makna sifir ini disebalik tragedi H1N1. Jika tidak percaya sekalipun, tidak mengapa sebab itu juga kuliah politikus yang penuh dengan andaian. Namun itulah kelebihan mereka yang berilmu, memobilisasi konspirasi. Mereka mencipta virus, mereka juga menjana anti-virus. Tidak perlulah anda berang terhadap andaian ini, saya mengatakan bahawa ini adalah andaian seorang kanak-kanak.

PENUTUP

Idea dan fikir artikel pendek ini mungkin gila. Tidak kisah apapun anggapan anda, yang penting anda setuju bahawa Allah saja yang maha mengetahui yang mana setiap daripada kita perlu menyingkap hikmah di sebalik peristiwa ini. Kementrian Kesihatan Malaysia mengajar rakyat Malaysia agar sentiasa dan kerap membasuh tangan yang mana ISLAM telah lama mengajar umatnya sentiasa dan kerap membasuh tangan dengan WUDHUK (air sembayang).

Idea-idea gila

Saya masih ingat sewaktu saya berusrah dengan sahabat-sahabat saya suatu ketika dahulu. Dalam usrah yang membincang idea-idea yang gila.

Ya, idea yang gila!

Pernah sekali sahabat saya, Ahmad mencadangkan agar membina kilang roti yang bertapak di Sabah. Sahabiyah saya Maziah menambah agar di beri nama roti gen 3. Gelak gempita dalam usrah yang membuatkan saya tidak lupa sehingga ke hari ini. Buat pengetahuan semua, HPA telah punyai kilang roti; Radix Bakery House.

Manakala sahabiyah saya pula Sumarni bersemangat ingin mewujudkan kilang ayam organik yang bertapak di Tawau. Saya menerangkan bahawa langkahnya tidak bersifat "jalan pintas".. HPA juga sudah punyai kilang Ayam Organik (link).

Banyak sekali idea-idea gila yang di bincangkan.

Saya tidak kisah jika orang ramai melihatnya seakan-akan mahu menjadi kaya atau hartawan. Jika itu pun sebabnya, semestinya ianya tidak salah.

Pernah sekali saya bersama Ust Dzul yang menyatakan bahawa perlunya kita ada syarikat kapal terbang sendiri. Waktu tu Ust Dzul delay. Saya ketawa sedikit..



Idea-idea gila seperti itu lebih baik daripada duduk diam dan memerhati.

Saya menyatakan kepada sahabat saya agar kita perlu mencari rentak yang agak berlainan.

Ya, rentak yang berlainan ibarat satu pelayaran menggunakan kapal layar yang sama menuju ke satu tempat yang juga sama tetapi rentak yang memang berbeza mengikut keadaan deraian angin dan pukulan ombak..

Saling melengkapi

PENDAHULUAN

Saya memerhatikan takwim hidup saya. Ada sesuatu perkara yang sangat besar ingin saya capai pada umur saya 24 tahun. Menjadi atau tidak itu perkara kedua, yang penting saya ada keinginan untuk sampai ke objektif tersebut. Hidup bukan kebetulan, ada garisan penamatnya.

Syarat mencintai Allah tidak semestinya papa. Mempunyai rumah besar, kerata besar, isteri besar dan lain-lain yang besar tidak juga melambangkan cinta kepada dunia. Taqwa tidak bermaksud mahu kepada kemiskinan lalu meninggalkan dunia serta-merta. Mustahil akhirat untuk di kecapi jika dunia tidak di lalui. Sebelum sampai kepada maksud akhirat maka dunia adalah sebaik-baik penghubungnya.

HARTAWAN DAN AHLI SALAF

Sebahagian besar ahli salaf (sahabat nabi dan tabien) di jamin kehidupannya oleh kalangan hartawan yang melihat ahli salaf penuh kasih sayang. Bagi hartawan, ahli salaf perlu dibiayai sepenuhnya kerana masa dan waktu mereka keseluruhannya untuk mengajar masayarakat, menentang kezaliman dan ke kancah jihad fisabilillah. Mustahil mereka punyai fokus yang lebih untuk hal membiayai kehidupan. Maka hartawan meletakkan posisinya sesuai dengan slogan, semua itu hak Allah.

Nabi bersabda drp Said Al-Khudry r.a;

"Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.."
Riwayat; At-Tarmizi.

Adakah sabda nabi ini hanya terkena kepada ahli salaf sahaja tetapi tempiasnya sama sekali tidak kepada hartawan yang meletakkkan posisinya seperti di atas?

Jika dikatakan bahawa harta dunia melambangkan seseorang mencintai dunia, bagaimana pula dengan Siti Khadijah, Abdul Rahman Bin Auf dan ramai lagi sahabat nabi yang berharta? Jika maksud dunia dijadikan penghubung untuk sampai ke maksud akhirat, maka di mana silapnya?

Salahkah muslimin yang ingin mengahwini seorang muslimat bertujuan ingin menyempurnakan maksud agama, bimbang terjebak perkara mungkar? Muslimin tadi telah menjadikan muslimat tersebut sebagai alat untuk sampai kepada maksud akhirat..

PENUTUP

Jika kita tidak mampu melihat kekuatan diri lalu membiarkan kehidupan ini tanpa pelan tindakan yang kita fahami, maka jadilah kita mereka yang suka menghukum gerak kerja orang lain. Akhirnya, kehidupan penuh dengan tuntutan dan desakan. Ia dipenuhi paksaan demi kehidupan yang lebih benar. Dunia ini seperti filem. Mustahil semua boleh jadi pengarah filem tanpa pelakon dan tugas-tugas yang lain. Fahami tuntutan tarbiyah, saling melengkapi.

Warkah terbuka

Saya tahu dan faham adiq-adiq saya lebih hebat daripada saya. Mereka punya semangat yang menyala-nyala ingin membawa syiar islam. Saya optimis mereka ikhlas dalam memperjuangkan agama ini. Jika tidak mustahil mereka boleh mengorbankan apa sahaja yang mereka termampu. Mereka sanggup bangun malam bermunajat serta berdoa untuk orang lain ketika yang lain tidak menyedarinya. Di siang hari, mereka sibuk berkerja untuk kebaikan untuk orang lain. Mereka tidak kisah jika kebaikan itu tidak dihargai,mereka sangat yakin bahawa Allah menilai semua tugasan itu. Kadang-kadang, sehingga mereka lupa kebaikan untuk diri mereka.

Saya tidak akan membebel jika mereka tersilap kerana itu fitrah dalam menuntut dan belajar. Saya juga sangat optimis yang mereka generasi paling baik jika dibandingkan dengan generasi saya. Saya harap sahabat-sahabat saya bersikap positif bila saya mengatakan bahawa adiq-adiq saya generasi paling baik.

Saya faham mereka ada keazaman menggunung untuk mengenggam bara ummah ini. Mereka tidak pernah berhenti berfikir untuk semua itu. Saya kenal adiq-adiq saya, terutamanya Hasli. Dia tidak suka cakap-cakap kosong, dia lebih suka kepada aksi. Seperkara yang anda tahu kadang-kadang dia hanya makan mee sedap sahaja. Kadang-kadang tidak ada duit untuk membeli air sirap ketika dia dahaga. Semua itu bukan kerana dia tidak berduit tetapi disumbangkannya kepada tugasan itu. Jenguklah ke biliknya, bisa saja air mata anda berlinangan melihat keadaannya.

Bagaimana pun saya ceritakan, anda tidak akan pernah faham.

Tidak pernah!

Anda lihat Hasli mampu tersenyum, senyum itu wajib baginya untuk sahabat-sahabatnya, tetapi di jiwanya sarat dengan getaran yang hanya dia tahu sakitnya. Namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengegar dunia.

Ya, mengegar dunia!

Jika anda tidak bersama dia pun dalam jalan ini, dia bisa melakukannya kerana dia yakin bahawa Allah tetap bersama.

Saya cukup kenal dia, sangat amanah dan berjiwa besar dengan tugas itu. Ramai lagi adiq-adiq yang bersama-sama dia sanggup mengorbankan masa, wang ringgit, dan tenaga. Saya hadiahkan video klip ini untuk mereka. Saya harap, mereka sangat suka.



Mereka ada keinginan seperti anak muda 19 tahun, Muhammad al-Fateh yang mencapai kemenangan dalam memperjuangkan Islam di bumi Eropah. Bahkan saya kira, keinginan mereka lebih daripada itu.

Saya optimis yang mereka ingin memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang lalu pada pandangan mereka. Saya tidak kisah jika menceritakan kesilapan dan kesalahan saya dan sahabat-sahabat saya yang lalu, sememangnya itu tugas mereka. Mereka tidak akan mudah terikut-ikut dengan rentak lama saya bersama sahabat-sahabat saya. Mereka punya wawasan sendiri yang lebih hebat daripada saya. Saya tidak pernah meragui kehebatan mereka. Bahkan saya kira laungan mereka lebih berbisa daripada saya.

Mereka semua masih muda. Saya sangat berbangga dengan mereka kerana usia muda mereka digunakan untuk menegakkan agama mengikut kemampuan mereka. Mereka ada keinginan yang sangat tinggi. Jika tidak percaya, anda boleh tanya mereka. Semangat mereka perlu diraikan sebagai engineer bertauliah, bukan untuk dimatikan.

Akhirnya, saya yakin bahawa mereka bersetuju dengan pesan Ust Nik Abduh bahawa,

Strategi adalah penting. Tetapi ia bukan bandingan iman di dada. Iman menjadi lemah apabila penyakit hati melanda. Allah melihat hati kita sebelum strategi kita. Apabila iman lemah, tiada yang indah pada strategi. Justeru Allah menegur pada iman, bukan pada strategi.

Mencipta suasana

Saya bertemu dengan seorang senior yang amat saya rindui. Terubat kerinduaan saya setelah sekian lama menghubunginya, akhirnya berkesempatan juga bertemu di Hotel Seri Malaysia, Ipoh. Kami bertemu pada hari sebelum tarikh himpunan mansuhkan ISA pada esoknya. Dia menghadiri kursus di hotel tersebut manakala saya pula untuk tujuan perniagaan.

Sempat juga kami berbincang seketika. Dia ingin mendapatkan kepastian mengenai Baitul Muslim yang saya akan bina, saya sedikit tersipu malu. Huhuhu..

Satu soalannya yang agak menarik,

"Kenapa enta tidak menyertai perjuangan kita?"

Lalu saya bertanya kembali,

"Apa makna perjuangan?"


Soalan itu tidak berjawab kerana masa begitu tiada untuk bertatih tetapi tidak beraksi.

Tidak adil bagi kita mengatakan bahawa hanya duduk dalam politik kepartian semata-mata, itu saja dikatakan perjuangan. Menilai itu hak Allah, hak kita buat kerja.

Saya sangat menyantuni fikrah Ust Zaharuddin Abd Rahman. Beliau pernah menjadi Presiden GAMIS. Ramai yang kecewa bahkan ada yang marah kerana sikap beliau. Beliau tidak terlibat secara langsung dalam politik kepartian, tetapi beliau berusaha mencipta suasana. Beliau sangat dikenali dengan ketelusan ilmu yang disampaikan. Bagi saya, beliau tidak ubah seperti seorang ulama muda. Jangan pula ada menyangka bahawa saya membenci politik kepartian.

Akhirnya, fungsi tarbiyah untuk saling melengkapi. Tarbiyah melahirkan aset (kelebihan) bukan liabiliti (tanggungan). Tarbiyah juga mengajar bahawa mengembalikan manusia kepada tuhan, jalannya bukan hanya satu.

Engineer bertauliah

Saya pernah menjadi antara engineer bertauliah. Tapi bukan membaiki mesin-mesin besar, sebaliknya lebih berharga daripada mesin-mesin besar. Ianya pengubah suaian manusia, yang bukan hanya memerlukan kepakaran teknikal bahkan inginkan jiwa yang sentiasa dekat kepada-Nya. Di mana lagi tempat sebaik-baik ingin menemui-Nya, selain di rumah-Nya. Engineer bertauliah hanya sekadar tamsilan saja.

Ramai lagi generasi seangkatan saya pernah bersama saya. Saya tidak akan lupa mereka. Terdapat juga lompang yang di lakukan, tapi saya tidak kisah kerana itu memang semula jadi tugas engineer bertauliah.

Saya suka memperdendangkan lagu ini kepada mereka yang telah saya cuba ubah suai semampunya. Jika boleh kita semua ingin menjadi abid di malam hari, singa di siangnya.. Saya tidak kisah jika mereka ada semangat saja kerana semangat juga ada nilainya di sisi Pencipta. Saya yakin mereka tidak akan lupa lagu ini.



Tugasan (tidak wajib); "Dengarkan secara beramai-ramai dalam bilik, saya yakin bisa saja menitiskan air mata mengingati detik dan saat itu.."

Saya pendekkan khusus kepada engineer bertauliah baru yang semangatnya menyala-yala. Saya yakin mereka sudah banyak memberi apa sahaja yang termampu unutk tugas itu.

Jika ingin mencipta gelombang oren, ubah suai mereka ketika itu.
Jika ingin pembudayaan ilmu, ubah suai mereka ketika itu.
Jika ingin menjadi pemimpin masayarakat, ubah suai mereka ketika itu.
Jika ingin sentiasa berhati-hati, ubah suai mereka ketika itu.
Dan seterusnya, kerana sekarang anda engineer bertauliah yang lebih tahu keadaan mereka. Ubah suai semampu anda, saya amat yakin anda. Jangan pernah meragui kemampuan anda, engineer bertauliah.

Akhirnya, biarkan juga mereka tahu bahawa wasilah untuk mengembalikan manusia kepada Tuhan jalanya bukan hanya satu.

Selamat berMQ.

Empayar Tesco


Sebut sahaja Tesco, adalah mustahil pasar raya besar (hypermarket) ini untuk tidak dikenali. Menjadi gedung berbelanja daripada kalangan suri rumah sehingga mereka yang bergelar jutawan. Anda boleh sendiri datang menjenguk ke Tesco, macam-macam ada!

Tesco mempunyai 2300 rangkaian pasar raya di 13 buah negara termasuk Malaysia. Angka ini menunjukkan bahawa Tesco tidak pernah bergurau dalam percaturannya menguasai sektor ini. James Caan, Pengurus Besar Tesco Stores Malaysia telah berjanji bahawa beliau akan membina lebih daripada 20 buah pasar raya besar Tesco dalam jangka masa 5 tahun bermula tahun 2005 telah menjadi kenyataan. Sekarang, Tesco mempunyai lebih daripada 26 buah pasar raya besar di Semenanjung Malaysia. Cukup untuk menunjukkan sekali lagi bahawa Tesco tidak pernah bergurau.

Bagaimana mungkin usahawan muda negara di dalam industri kecil-kecilan mampu bertahan dengan bayangan Tesco ini? Apatah lagi jika industri kita tidak mampu menemukan formula untuk menarik minat masyarakat ramai kembali kepada produk kita. Sejarah membuktikan bahawa perubahan yang mendadak tidak akan mudah diterima ramai. Maka, tidak hairan juga kedai-kedai runcit dalam negara satu masa nanti akan terpaksa gulung tikar. Senaraikan kekurangan di Tesco? Jika anda katakan harga produknya mahal, maka saya akan ketawa anda.


Artikel ini bukan untuk semata-mata menghentam Tesco. Itu bukan yang diajarkan kepada saya. Bahkan, kesungguhan dan semangat Tesco untuk membina empayarnya di seluruh dunia perlu di pelajari. Tidak salah untuk kita sebagai muslim mempelajari kesungguhan dan semangat Tesco. Saya bukan pengemar gagasan boikot tanpa tindakan, bahkan boleh mengundang murka Allah.

Jangan pernah berharap masyarakat khususnya di Malaysia beralih arah kepada produk Muslim jika tiada secubit usaha yang dilakukan. Bila saya katakan muslim produk muslim, jangan berpandangan bahawa ianya khusus untuk orang Islam sahaja. Fahaman ini perlu di ledakkan kerana Islam (pasaran halal dan toyyibah) itu rahmat seluruh alam. Strategi dan praktikal ekonomi tidak dipelajari secara khusus di dalam kitab. Ini perlu diketahui, menuntut untuk kita merancang percaturan dan praktikal dalam sektor ini. Tugas ini bukan mudah! Maka, sampaikan walau sedikit. Jangan malu atau segan untuk menunjukkan jalan keluar kepada orang ramai daripada belenggu ini sama ada sedar atau tidak sedar.

Akhirnya, seperkara yang kita perlu tahu bahawa artikel pendek ini hanya menceritakan empayar Tesco sahaja!

Menolak asetikisme

Islam adalah satu sistem komprehensif untuk melindungi harta peribadi. Harta peribadi adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Justeru islam tidak menafikan hak individu untuk mengumpul harta kekayaan. Sebaliknya, islam memberi garis panduan dan nasihat mengenai cara terbaik untuk membelanjakan harta. Islam mengajar agar harta tidak dibazirkan dan tidak boleh digunakan untuk menafikan hak orang lain.

Islam menolak fahaman asetik yang seolah-olah mahu manusia hidup dalam kemiskinan dan kesusahan. Maaf, fahaman ini menyelinap masuk ke dalam kebanyakan muslim dan ianya sangat berpengaruh.

Kaya atau miskin tidak melambangkan seseorang individu mempunyai hubungan yang erat dengan Allah. Semata-mata mahu menjadi miskin atau sengaja mahu menjadi miskin tidak langsung melambangkan ketaqwaan seseorang kepada Allah.

Islam menganggap dunia dan kekayaan yang boleh diperolehi di muka bumi sebagai platfrom neutral yang membolehkan individu menzahirkan rasa cinta mereka kepada allah dengan sukarela, termasuk mengumpul harta kekayaan.

Mereka yang memandang serong terhadap individu atau kumpulan yang ingin mengumpul harta kekayaan sebenarnya tidak memahami manifestasi "Bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah rezeki yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya.."

Berpandangan bahawa mengumpul harta kekayan boleh menjauhkan setiap individu daripada Allah adalah pandangan yang silap. Umpama seorng ibu yang memberitahu anaknya jangan potong kuku pada waktu malam kerana boleh menyebabkan si ibu mati. Sepatutnya si ibu menasihati anaknya supaya sentiasa berhati-hati potong kuku pada waktu malam kerana gelap, bimbang jari yang terpotong.

Terokai usahawan sosial

Puas saya mencari manhaj ekonomi yang lebih bersifat strategi di seluruh dunia. Namun belum berjaya menghimpunkan semuanya. Saya mahu tahu manhaj ekonomi gerakan kapitalis, zionis, islam dan sebagainya. Saya tahu mesti ada punya! Saya mahu mencari manhaj yang bersifat strategi serta kaedah dan bukan falsafah syariah semata-mata.

Saya bertemu dengan keusahawanan sosial yang diguna pakai oleh perniagaan kapitalis. Model ini membuka minda saya yang berkecimpung di dalam aktivis perniagaan.

Sebagai contohnya Restoran Fifteen yang di usahakan oleh chef terkemuka Britain, Jamie Oliver. Fifteen ditubuhkan untuk melatih anak-anak muda yang tersisih daripada masyarakat agar mempunyai keyakinan diri. Restoran tersebut memberi peluang pekerjaan dan latihan intensif kepada anak-anak muda yang menganggur, ketagih dadah atau alkohol, serta yang terbuang dari rumah.

Mereka dilatih untuk menjadi chef, pengurus restoran, dan pelayan restoran berkualiti tinggi. Jika diteliti, kejayaan dan kecemerlangan Fifteen ini amat menggalakkan. Maka, tidak hairanlah mereka mendapat kontrak menyediakan makanan kepada para pemimpin dunia yang hadir ke persidangan G20 di London baru-baru ini.

Cukup menakjubkan! Selain matlamat perniagaan mereka yang ingin mendapatkan keuntungan, pada masa yang sama Fifteen juga berjaya membantu negara membendung masalah-masalah sosial. Bukannya semata-mata melaungkan kerajaan salah dan bodoh tanpa sebarang usaha seperti mana yang selalu kita dengar.

Menariknya mengenai Fifteen, mereka tidak pernah mengharap layanan baik kerajaan terhadap mereka. Padahal sewaktu ekonomi dunia menngalami kegawatan, keusahawanan sosial inilah yang membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan tanpa menurunkan kualiti perkhidmatan awam.

Selalu persoalan kita ialah, bagaimana mungkin keusahawanan sosial ini dapat dilaksanakan di Malaysia oleh orang biasa yang tidak mahu memecah tradisi? Melainkan semestinya mereka sahaja yang mempunyai fikrah perjuangan dapat melunaskan semua ini.

Namun, sekali lagi barat membuktikan. Tahniah!

Bagai tentera tanpa latihan

Perniagaan merupakan satu seni yang perlu disepadukan dengan segala kebolehan untuk menawan hati pelanggan. Kegagalan berbuat demikian menjadikan umur sesuatu peniagaan itu singkat dan tidak berdaya maju. Apatah lagi apabila ujud persaingan yang besar untuk menguasai pasaran yang sedia ada. Siapakah yang akan menjadi pemenang bergantung kepada siapa yang dapat memenangi hati pengguna.

Menang atau berjaya mendapatkan pelanggan bukan semestinya kejayaan untuk selama-lamanya kerana jika tidak dijaga perkhidmatan atau produknya ia akan tenggelam pelahan-lahan tanpa disedari. Oleh sebab itulah kita memerlukan ILMU PELARIS bagi memastikan kejayaan sentiasa berpehak kepada peniagaan kita. Mereka yang berniaga tanpa ilmu pelaris bagaikan tentera yang tidak terlatih dalam medan tempur yang sangat sengit. Keberangkalian untuk gagal lebih besar dari harapan untuk berjaya. Begitulah daripada pengalaman hidup yang dapat kita saksikan dari masa kesemasa.

FAHAMI MAKSUD


Saya tidak membawa maksud ilmu pelaris itu ialah segala jenis ilmu yang boleh membawa manusia menjadi syirik kepada Allah. Ilmu pelaris yang dimaksudkan ialah pengurusan peniagaan yang tersusun rapi bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Masyarakat primitive yang percaya kepada kuasa batu,pokok,bulan dan bintang,gambar-gambar,rajah-rajah dan sebagainya bukan sahaja tidak berjaya menjadi kuasa besar ekonomi malah terpenjara dalam kepercayaan khurafat yang jauh kesesatanya. Islam datang membawa cahaya penyuluh bagaimana untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya melalui akhlaq seorang Nabi sebagai ikutan. Setiap nabi membawa profesionnya masing-masing dan profesion nabi kita adalah seorang peniaga. Peniaga dan usahawan yang ulung ditengah kekuatan ekonomi yang dikuasai oleh orang Yahudi seperti masa kini. Benteng peniagaan Yahudi pecah dan hancur bila berhadapan dengan keunikan peniagaan Islam.

Formula yang paling mudah untuk berjaya dalam dunia peniagaan ialah percepatkan langkah menyusuri kembali jejak Rasullullah saw sebagai jalan benar untuk kejayaan.

TAKWA DAN TAWAKKAL ASA DALAM ILMU PELARIS.

Firman Allah

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan(keperluanya)."

Surah At- Talaq: 2-3

Allah yang mempunyai nama “Ar-Razak” pemberi rezeki yang maha luas menjanjikan kemudahan dalam menghadapi situasi hidup ini. Allah jualah yang mencipta seribu jalan keluar pada tiap permasaalahan walau dipandang besar oleh manusia. Syaratnya manusia itu perlu mensucikan Allah dari segala sekutu dan kepercayaan. Inilah pintu kejayaan yang sudah ada jaminan daripada Allah. Tanpa takwa peniagaan bagaikan kapal tanpa arah tujunya. Manusia yang tidak bertakwa sangat rendah kekuatan peribadinya,mudah mengalah dengan tekanan.Akhirnya peniagaan akan runtuh satu persatu. Ini sangat berbeza dengan mereka yang bertakwa, peribadinya kuat dan yakin dengan Allah. Tidak mudah berputus asa serta memiliki motivasi dari dalam diri. Orang yang bertakwa melihat jatuh bangun peniagaan sebagai ujian daripada Allah dan akan diganjari pahala. Waktu diberikan kejayaan dia akan bersyukur dan diwaktu kegawatan dia akan bersabar. Ini sangat berbeza dengan orang yang tidak ada takwa.Bila senang mereka lupakan Allah dan apabila susah mereka putus asa. Inilah kayu ukur untuk bagi menentukan kejayaan dalam sesuatu peniagaan. Andaikata kita telah pun bergelar jutawan ,itupun masih tidak layak untuk diagung-agungkan persis anda melihat lukisan yang sangat cantik,sudah tentu puji pujian hanya untuk Allah tuhan sekelian alam yang telah mencipta pelukis tersebut.

TAWAKKAL

Rahsia ke dua yang perlu ada bagi menempah kejayaan ialah bergantung kepada sejauhmana tawakkalnya pada Allah. Semakin kuat penyerahan diri secara total kepada Allah semakin mudah orang berniaga akan mencapai keuntungan. Apabila kita menyerahkan semuanya kepada perancangan Allah nescaya Allah akan mengilhamkan jalan-jalan peniagaan yang menguntungkan sama seperti burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan pulang dengan perut kenyang.

Tawakkal tidak boleh di buat kiraan pada logik kerana ini merupakan persoalan iman yang tidak boleh di hitung dalam kiraan metematik.

Keluar daripada Kejumudan

Aku ingin sekali membesarkan fikirku.
Aku mahu keluar daripada pemikiran konteks sebagai Mahasiswa,
Aku mahu keluar daripada konteks yang sangat biasa,
keluar daripada kejumudan!
Aku mahu melakukan sesuatu yang luar biasa
yang orang lain menganggapnya sebagai mimpi..

Aku masih ingat sewaktu di kampus,
Ketika mana orang lain memandang gitar sebagai haram,
maka aku memandang gitar sebagai harus bahkan bisa membuahkan ganjaran di sisi Allah.

Aku mengambil seorang sahabat Adzmin sebagai pasangan ku untuk memetik gitar, lalu aku sebagai penyanyinya. Selepas sahaja persembahan tersebut, aku ditempelak oleh seorang ust. Aku mendengarnya penuh hikmah pada masa yang sama aku mahu terus dengan pendirianku yang gitar itu boleh.

Satu kes yang mana yang bertemu dengan sebuah petisejuk yang cuma memasukan wang siling untuk mendapatkan sebuah tin minuman di dalamnya. Aku bertanya kepada diriku sendiri,

"Bolehkah?"

Sedangkan Ijab kabul merupakan isyarat persetujuan Pembeli dan penjual?

Mungkin ada yang mengatakan itu tidak sah!

"Sah jual beli jika sama-sama meredhoi dengan wang dan produk yang bertukar tangan. Perubahan zaman yang canggih menyebabkan keluasan fikh perlu diamalkan.."

Mengapa kita tidak mampu keluar daripada kesempitan dalam berpandangan sedangkan Allah memberi ruang seluas-luasnya mengenai fiqh muamalah? Mengapa kita terus dengan kejumudan tanpa sebarang analisis dan penyelidikan yang kita lakukan? Jika begini, maka kita akan terus dengan kesempitan di dalam berpandangan seterusnya menyebabkan umat Islam terpinggir dari arus ekonomi dunia.

Aku tidak mempunyai kepakaran di dalam Bahasa Arab, Usuluddin, dan sebagainya. Aku kalah dengan semua itu!

Tetapi aku mempunyai sedikit kepakaran di dalam ilmu dakwah dengan lembutku yang ku kira bisa memukau setiap insan yang mendampingi aku. Aku juga mempunyai sedikit kepakaran di dalam ilmu pemasaran. Sedikit tentang ilmu syariah (halal dan haram) di dalam Islam. Aku kira semua itu tidak mencukupi tetapi bisa sahaja aku gunakan untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat di luar sana.

Aku kira dakwah dan pemasaran itu sama!!

Satu persoalan, hampir semua MLM yang wujud lebih menjerumus kepada yang haram.

"Maka adakah kita terus akan mengatakan MLM itu haram tanpa pengkajian dan analisis?"

Sedangkan kaedah MLM itu adalah satu cara untuk menguatkan dan mengukuhkan kedudukan sesebuah syarikat. Mengapa peluang ini kita tidak manfaatkan?

Lainlah kalau judi, riba dan sebagainya yang jelas (qat'ie) haram. Kalau nak selidik juga atas alasan bermungkinan boleh jadi harus itu namanya bengong!

Krangka ilusi



Itulah laungan seorang ust di dalam mengutarakan isi ktuhbahnya yang cukup membuatkan diri saya sedikit terpalu. Hebat juga laungannya dan berkali-kali dia cuba melaungkan bahawa;

"Sampai bila-bila realiti mengalahkan ilusi.."

Saya berfikir apabila seorang sahabat saya Nashad, mengajukan soalan di dalam usrah pada minggu yang lalu,

"Mengapa tidak ada bantuan terus daripada Allah untuk menghancurkan Yahudi Laknatullah?"

Saya seketika terdiam memikirkan jawapan yang sesuai untuk persoalan tersebut. Saya tidak keruan, tidak boleh duduk diam, segalanya semacam paluan kepada saya daripada persoalan yang diajukannya. Bentak hati,

"Saya telah menyebabkan bantuan Allah itu terhalang."

Rupanya saya juga telah menyumbang kepada kemenangan Yahudi dengan malasnya datang masjid untuk solat berjemaah, lebih-lebih lagi pada waktu subuh.

"Kenapa mungkin ini bisa berlaku?"

Salah satunya, doa adalah senjata orang mukmin. Bagaimanalah bentuk doa yang dihadapkan kepada Allah dengan sikap saya yang malas datang solat di mana tempat azan dilaungkan? Aduh! Saya membantu kemenangan Yahudi. Setuju atau tidak saya serahkan kepada anda dan saya sangat bersetuju dengan apa yang saya utarakan bahawa saya telah membantu kemenangan Yahudi. Ini pandangan saya, saya pulangkan kepada anda untuk menganalisisnya!

"Maafkan kesalahan hamba-Mu ini.."

Umat islam abad ini memang ramai tetapi hanya ilusi dan golongan Yahudi yang sedikit ini merupakan realiti. Saya bilang bahawa, ilusi akan tunduk kepada realiti. Di zaman awal Rasulullah, umat Islam yang bilangannya minoriti itu ialah realiti dan musuh-musuh islam yang ramai itu hanya ilusi. Saya bilang sekali lagi, ilusi akan tunduk kepada realiti.

"Boikot kita realiti atau ilusi?"

Kalau realiti, apa kesannya?

Kita lumpuh dan kalah kerana kita umat islam ilusi. Kita hanya berbangga kepada zaman Islam masa lampau sedangkan kita hidup di zaman kita. Tuntas kepada permasalahan kita ialah kerana tenaga pemikir dan penggerak yang profesional di dalam sesuatu bidang sangat kurang. Kita kering daripada siraman penjanaan pemikiran profesional muslim. Kita masih tandus!

Sifir kita ialah,

"Kita tidak ada kuasa dan semua itu adalah peranan mereka yang berkuasa. Itu jugalah peranan pemimpin Barisan Nasional di bawah kepimpinan Pak Lah Badawi. Sepatutnya mereka yang bertanggungjawab.."

Itulah sifir kita sebab di dalam gerakan kita juga di ajar bahawa,

"Semua ini dan itu ialah peranan Pimpinan.."

Saya bilang begini,

"Ya, hakikatnya memang begitu. Tapi kita, apa yang telah kita lakukan?"

Ayuh! kita jana pemikiran profesional muslim. Kita jana sehingga tidak ada yang kering dengan cara dan kaedah di dalam ilmu dakwah. Kita jana agar tidak mudah tandus dan dayus dengan masalah yang ada. Kita jana supaya sentiasa bersangka baik bahawa cabaran dan halangan datang daripada Allah yang ingin mematangkan minda. Kita jana sehingga jiwa-jiwa itu membara dan sampai satu tahap meluap-luap untuk Islam. Kita jana minda sehingga masalah yang timbul adalah untuk di selesaikan bukan untuk diperdebatkan tanpa sebarang tindakan. Kita jana bahawa perlunya bertindak walau sekadar menjadi penonton biasa.

Laungan boikot kita ilusi dan ramainya umat islam hanya ilusi. Saya tidak mengatakan bahawa kita perlu berhenti daripada melaungkan gesaan boikot. Sebab itu saya pernah mempertikaikan Pilihan raya yang mengatakan bahawa gerakan kita perlu sokongan yang ramai. Logik akal memang begitu! Tetapi sebagai pendokong tuntutan asas seperti Jemaah subuh, saya dan kita perlu selesaikan. Saya bilang bukan Qiamullail tetapi Jemaah subuh! Kita memang tidak mampu menjadi wali Allah yang sentiasa beribadah siang dan malam tapi sekurang-kurangnya biarlah yang asas, kita sebagai pendokong perlu selesaikan. Itulah tuntutan kita yang sebanar di dalam gerakan.

Saya hanya mampu mempelawa, mahu atau tidak saya serahkan kepada anda. Saya bilang, bahawa kita bisa sahaja keluar daripada kepompong umat ilusi. Caranya, kita jana minda profesional muslim. Mungkin agak lambat tetapi itulah yang terbaik dan fitrahnya jalan islam itu memang panjang dan berliku. Semua ini juga adalah pandangan saya.

Blogger Templates by Blog Forum