Jutawan satu keperluan!
Tuesday, November 17, 2009 by Nur Kamal Moong
"Aku mahu menjadi jutawan dalam masa 3 tahun lagi!"
Nada itu aku laungkan kepada Mustaman (sahabat baik) dengan penuh bersemangat. Mustaman ketawa bila mendengarnya. Aku tidak kisah, bagi aku ketawanya membangkitkan semangat aku. Lagipun memang rasional untuk ketawa apabila melihat keadaan aku sekarang. Duit simpanan dalam bank Islam hanya Rm 90 dan itu pun untuk aku gunakan sewaktu pernikahan nanti. Macam mana mahu jadi jutawan? Memang wajar untuk ketawa mendengar idea gila-gila sebegini.
Wajar untuk orang lain katakan tidak mungkin kerana visi dan misi hidup diri sendiri tidak ada pada orang lain. Jika aku mahu, aku bukan sekadar mahu tetapi sangat mahu. Sangat mahu bak keinginan yang meluap-luap yang tidak tergambar oleh pancaindera manusia. Kemahuan itu tidak akan membatasi ganjaran realiti syurga dan neraka. Biar orang lain menganggap aku semangat yang lebih, aku tidak kisah. Aku akan nilai secara positif. Jika orang lain suka bercerita selepas keinginan mereka berlaku, maka aku memilih untuk bercerita sebelum keinginan aku berlaku. Aku tidak akan malu sekiranya keinginan itu tidak pernah berlaku kerana aku yakin bukan itu nilaian Pencipta sebaliknya itu merupakan nilaian manusia yang aku perlu lihat secara positif.
Aku mahu menjadi jutawan dan dalam fikiran aku jutawan merupakan keperluan. Aku kongsikan segala suka dan duka kepada ibu & ayah selama ini, aku yakin mereka cuba untuk memahaminya. Ibu & ayah memberikan sepenuhnya kepercayaan untuk membina keinginan sendiri walau pada awalnya kelihatan sedikit hambar daripada kedua riak wajah kedua orang tua yang banyak berjasa kepada aku. Ibu & ayah aku bukan tokoh ilmuan pada pandangan kebanyakan manusia tetapi bagi aku ibu & ayah merupakan staring power rangers yang memang tidak pernah kalah.
Tetap dalam fikiran aku bahawa jutawan satu keperluan. Aku sama sekali tidak pernah percaya bahawa jutawan merupakan rezeki. Tidak keterlaluan untuk aku mengatakan bahawa terlalu kolot pemikiran yang mengatakan bahawa rezeki itu mesti dengan harta kemewahan yang banyak. Defenisi rezeki perlu diperluaskan dengan cara mendatar bukan menegak. Lagi bentuk pemikiran kolot ialah berandaian bahawa jutawan lambang kemewahan. Kesimpulannya, aku mahu menjadi jutawan. Jutawan adalah periuk nasi yang terbaik untuk aku kelak. Mereka yang ketawa dan ingin ketawa! Saksikan gelombang ini.

ya Allah, kurniakanla insan ini kelapangan rezeki untuk diinfakkan ke jalanMU..ameen
"tiada istilah KEGAGALAN dalam kehidupan..cuma ada KEJAYAAN yang tertunda".
fighting!
gelombang itu hampir tiba