Kertas kerja

KERTAS CADANGAN MAJLIS WALIMATURUS
MEMBINA NEGARA MUSLIM


PENGENALAN

Kertas cadangan ini berjaya di siapkan pada 29 Ramadhan 1430 hijrah. Disediakan adalah bertujuan memudahkan perjalanan majlis walimaturus (kenduri pernikahan) antara pihak muslimin dan musimat. Kertas cadangan ini berbicara mengenai perkongsian yang mengandungi perincian perjalanan majlis walimatus di dalam 3 keadaan iaitu pra-majlis, ketika majlis, dan selepas-majlis. Hanya 2 keadaan yang diperincikan terkandung di dalam kertas cadangan ini iaitu pra-majlis dan ketika majlis. Manakala selepas majlis akan di rancang bersama setelah sah sebagai di ijab kabulkan sebagai suami isteri.

Pernikahan adalah satu ibadah yang akan menyempurnakan kehidupan seseorang. Pernikahan memberi peluang antara muslimin dan muslimat untuk berkongsi kehidupan di dalam segenap perkara untuk perbinaan baiti jannati (keluargaku syurgaku). Sifat pernikahan itu juga adalah untuk meneruskan perkembangan dakwah Islami melalui kelahiran kader-kader baru Islam di dalam perkongsian yang diredhai (halal) antara muslimin dan muslimat.

Kefahaman antara kedua-dua pihak iaitu muslimin dan muslimat ialah bersifat merancang manakala ketentuan itu hak milik mutlak Allah.

OBJEKTIF

1 Merialisasikan keluarga muslim.
2 Membantu mewujudkan masyarakat muslim.
3 Mendidik sikap sentiasa berkongsi dan berkasih sayang secara mendasar.

PERKARA

Majlis walimaturus

TEMPAT WALIMATURUS

Belum diketahui

TARIKH DAN MASA

- Belum di ketahui
- 9.00 am – 4.00 pm.

PERINCIAN PRA-MAJLIS

1. Manhaj Tarbiyyah
2. Manhaj Ekonomi

* Rujuk Lampiran 1

PERINCIAN MAJLIS

1. Perincian tentatif pernikahan
2. Perincian anggaran kewangan dan belanjawan

* Rujuk Lampiran 2

PENUTUP


Allah Ta'ala berfirman:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin-pemimpin atas kaum wanita - isteri-isterinya, kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka dari yang lainnya, juga kerana kaum lelaki itu telah menafkahkan dari sebahagian hartanya. Oleh sebab itu kaum wanita yang shalihah ialah yang wala’ (taat) serta menjaga dirinya di waktu ketiadaan suaminya, sebagaimana yang diperintah untuk menjaga dirinya itu oleh Allah."
(an-Nisa':34)

Menjadi harapan agar kertas cadangan ini dapat memberikan manifetasi yang boleh memberikan satu bentuk hala tuju yang lebih jelas untuk membina rumah tangga yang sejahtera di dunia dan akhirat. Turut mengharapkan agar usaha yang sekecil ini dapat melahirkan generasi yang lebih progresif dan kreatif untuk pembangunan Islam di setiap penjuru keadaan. Semoga Allah memandang usaha ini dengan pandangan rahmat-Nya.

Wassalam.

“KELUARGAKU SYURGAKU”

Disediakan oleh,


Belum ditandatangani....
-------------------------------
Aktivis Perniagaan..

p/s; Ruangan khas pengenalan, penutup dan manual yang lain ini telah di edit seringkasnya untuk pembaca yang suka artikel yang ringkas. Manakala Lampiran 1 dan lampiran 2 tidak di sertakan atas sebab kurang sesuai kepada umum. Cukuplah sekadar mengetahui bahawa ianya penting walau sekadar merancang sahaja.

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum